23Oktober2017

Pegawai Penerangan Lim Guan Eng ditahan polis….

Polis telah menahan Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin ( gambar-tengah) di luar Masjid Sembilang,Seberang jaya selepas solat Jumaat. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan Wan Ji bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap lelaki itu kerana didakwa menghina sultan.
 
"Wan Ji ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana disyaki menghina Sultan," katanya.
 
 Beliau berkata polis telah menerima beberapa laporan berhubung kes berkenaan tetapi tidak dapat mengesan Wan Ji sebelum ini.
 
Sebelum itu Penasihat Stratejik Ketua Menteri Pulau Pinang,Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya belum tahu sebab sebenar Wan Ji ditahan. 

Katanya Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu. 

Menurutnya Wan Ji dibawa ke Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah. 

Wan Ji yang juga Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK)  pernah terlibat dalam kontroversi hina Sultan. 

Pada awal September lalu beliau dilantik sebagai Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.- 13/7/2017


 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 763  tetamu dalam talian