01November2014

Patutlah pembangkang bising...rupa-rupanya sah Azrul ahli PKR

azrul
Patutlah pembangkang beria-ia membela Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung tugas susulan pembentangannya berhubung PRU 13 dengan menjangkakan ‘BN kalah’.

Rupa-rupanya beliau adalah ahli PKR.

Ini diakui sendiri Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali.

Cuma yang hairannya ahli parlimen Gombak itu mendakwa tak tahu bila Azrul Azwar jadi ahli PKR dan cabang mana.

Betul ke Azmin? Mustahil tidak tahu kerana Azrul tu bukan orang biasa malah kelayakkannya boleh tahan.

Apapun, dipercayai beliau ahli PKR di Putrajaya dan dikatakan rapat dengan pemimpin atasan parti itu.

Sumber memberitahu Agendadaily, Azrul Azwar pernah berada dalam team Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ismail ketika bertugas sebagai Ketua Eksekutif kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tugasnya antara lain memberikan idea dan imput berhubung ekonomi negeri kerajaan PKR itu.

Malah menurut sumber, Azrul Anwar pernah berada di pentas ketika Konvensyen PKR di Johor pada 2011 membentangkan kertas dasar ekonomi parti pembangkang.

Sebab itulah kisah penggantungan tugas beliau mendapat tumpuan portal pro pembangkang sejak beberapa hari lalu.

Beliau dilaporkan tidak mengetahui maksud dakwaan majikannya dalam surat penggantungan petang kelmarin atas dakwaan “melakukan salah laku yang serius ’.

Bank Islam dikuasai 51 peratus oleh BIMB Holdings Bhd. dan 18.5 peratus lagi milik Lembaga Tabung Haji.

Ekoran itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat yang mengulas pembentangan Azrul menyifatkan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Ketua Ekonomis itu dan bukan pendirian bank berkenaan.

Beliau percaya tindakan Azrul Azwar itu telah menyalahi peraturan dan kedudukannya sebagai seorang kakitangan bank.

Azrul Azwar mengesahkantindakan itu berkaitan dengan pembentangannya di Singapura itu pada 10 Januari lalu.

"Tindakan ini adalah jelas berniat politik. Saya tak tahu nak kata macam mana (lagi). Saya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Azrul berkata, tindakan penggantungan berkuat serta-merta dan surat tersebut tidak menyebut tempoh penggantungan tersebut.

Dalam kertas pembentangannya yang bertajuk "Malaysia: Economic and Political Outlook 2013", Azrul menulis tiga kemungkinan senario yang berlaku dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan analisis faktor yang terpilih.

Beliau menyatakan senario "besar kemungkinan" BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi.

Parlimen Malaysia sekarang mempunyai 222 kerusi.

Selain itu, katanya senario terbaik di mana BN mempertahankan 112 hingga 122 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 100 hingga 110 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, katanya, senario ketiga "kurang kemungkinan", apabila BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi parlimen.

Azrul bagaimanapun menyalahkan media tertentu yang menurutnya hanya memetik satu senario berhubung kemenangan Pakatan tanpa menyebut dua lagi senario yang dikemukakannya.

Beliau kesal dengan laporan media berkenaan yang didakwanya cuba menggambarkan seolah-oleh beliau bersikap "berat sebelah".

"Kalau lapor ketiga-tiga kemungkinan senario ini, perkara ini (penggantungan tugas) tidak akan jadi," katanya yang kesal dengan laporan media berkenaan.

Ditanya lanjut, Azrul berkata beliau kini sedang menenangkan diri tetapi tidak menolak kemungkinan memikirkan untuk melepaskan jawatan "kerana tidak mahu orang lain menderita" susulan perbentangnnya itu.

"Saya tidak mahu orang lain menderita. (Saya fikir untuk buat ini) demi kepentingan bos saya," katanya sambil mendakwa ketuanya kini menerima tekanan daripada "pemimpin atasan BN".

Jika benar dakwaan sumber Agendadaily, Azrul Azwar tidak perlu menyalahkan pihak lain kerana beliau sendiri menjolok sarang tebuan.

Bagi portal pro pembangkang yang mempertahankannya serta mempertikai tindakan Bank Islam, tidak perlu ada persoalan islamikkah bank itu dengan menggantung Azwar Azrul kerana beliau patut sedar kedudukan bank berkenaan dan tindakannya itu jelas bermotif politik.


Lagipun, beliau sendiri mencurah pasir ke dalam periuknya. -17/1/2013- OLEH ROSLAN BIAN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 632  tetamu dalam talian