31Mac2017

PAS tolak kerjasama dengan PPBM - Hadi

Yang ditunggu-tunggu sudah terjawab... PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau PAN tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang.

Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Hadi yang PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Hadi membuat kenyataan itu selepas Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.

Sementara itu, mengulas tindakan Ahi Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan PAS, Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.

“Saya dimaklumkan ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya.

Hadi turut menasihati pemimpin dan ahli PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar PAS agar keluar parti.-17/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 592  tetamu dalam talian