Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan PAS memang parti pelik, apa dia nak buat, dia buat... kata Muhyiddin

PAS memang parti pelik, apa dia nak buat, dia buat... kata Muhyiddin

  • PDF

muhyiddinxxTak selesai bahkan jauh dari selesai, itu komen Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung apa yang berlaku dalam PAS Kedah baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memantau Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan krisis kepimpinan di negeri itu jauh daripada selesai.

"Tugas Datuk Seri Azizan kini lebih mencabar dan pemimpin PAS tak yakin dengan kemampuan beliau mentadbir dengan baik," katanya.

Ditanya sama ada tindakan PAS mewujudkan jawatankuasa itu sesuatu yang pelik, Muhyiddin berkata, ia tidak menghairankan kerana PAS sememangnya sebuah parti yang "pelik".

"PAS memang parti pelik, apa yang dia nak buat, dia buat," katanya sambil menambah bahawa bidang kuasa jawatankuasa itu tidak jelas umpamanya sama ada ia mempunyai hak menyekat kuasa Menteri Besar.

Muhyiddin berkata beliau berpendapat penyelesaian itu tidak berkesan dan ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan kesannya akan dirasai oleh penduduk Kedah.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbiran kerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak.

"Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya.

Meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, Nik Aziz tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk menangani soal tersebut.

PAS semalam mengumukan akan menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri Kedah berikutan krisis kepimpinan parti tersebut.

Dalam pada itu, portal berita pro pembangkang, Malaysiakini melaporkan krisis PAS Kedah meledak selepas Azizan didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi sendiri lapor portal tersebut.-6/3/2012


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.