25September2017

PAS dengar baik-baik…ini amaran Azmin

Bunyinya memang garang.Namun tidak pasti samaada pimpinan PAS boleh gabra atau tidak mendengar Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali memberi amaran tegas jangan sesiapa cuba gugat kestabilan negeri Selangor.
 
Memang ramai yang tertunggu-tunggu nak dengar suara hati Menteri Besar Selangor ini di tengah-tengah kehangatan isu PAS bertegas nak kekal pegang jawatan tiga Exco selagi diperkenaan oleh Sultan Selangor.
 
Azmin baru pulang dari misi pelaburan ke Belgium dan Jerman petang Jumaat dan malamnya selaku orang nombor dua PKR terus merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di Petaling Jaya.
 
Beliau ‘ miss’ mesyuarat Biro Politik PKR Selasa lalu dimana keputusan dibuat tangguh keputusan isu tiga Exco PAS sehingga beliau pulang.
 
Pada mesyuarat itu biro berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail juga memutuskan untuk arah semua wakil PKR yang pegang jawatan atas lantikan politik dalam kerajaan Kelantan letak jawatan.
 
PAS bagaimanapun tidak ambil pot pada keputusan berkenaan yang diandaikan oleh pemerhati politik macam sindiran agar PAS ikut teladannya dan angkat kaki di Selangor.
 
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Khamis tidak berganjak dengan pendirian tiga Exco mereka akan kekal pegang jawatan sehingga ada titah Sultan Selangor arah letak jawatan.
 
Pada ucapan perasmian di kongres AMK dan Wanita PKR yang dikira satu ucapan dasarnya,Azmin sepatah pun tidak sebut nama parti PAS.
 
Namun  beliau ada menyentuh tentang isu politik semasa di Selangor dengan memberi amaran PKR tidak akan benarkan mana-mana parti politik atau individu ‘ hold us to ransom’ yakni jangan nak main ugut.
 
“Semenjak akhir-akhir ini ada individu dan kumpulan kembiri politik yang dengki dan cemburu dengan kejayaan Selangor dan cuba menggasir pencapaian dan kestabilan negeri.
 
Mana-mana pihak sama ada individu atau kumpulan yang cuba mengugat kestabilan Negeri Selangor, mereka adalah pengkhianat amanah rakyat. Mereka adalah musuh kita dan kita akan lawan habis-habisan,”tegasnya.
 
Semua orang tahu isu politik semasa di Selangor kini ialah polimek tiga Exco PAS setelah PAS rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR Khamis lalu.
 
Keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura PAS setelah usul sokong putus hubungan dilulus tanpa bahas di Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star hujung bulan lalu.
 
Pada ucapan itu Azmin hanya menyebut “DAP rakan setia untuk membawa perubahan. AMANAH dan BERSATU adalah teman seperjuangan.”
 
Juga tanpa merujuk kepada mana-mana parti tetapi dipercayai macam dituju kepada PAS,Timbalan Presiden PKR itu mempersoal pihak yang didakwanya anggap Islam jadi hak mutlak mereka.
 
“KEADILAN mempunyai keupayaan dan kesediaan untuk memberikan definasi tentang Melayu Islam. 
 
“Islam tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana golongan seolah-olah menjadi milik mutlak mereka sahaja.
 
“ Melayu yang sejati dan menjiwai nilai-nilai murni Islam akan berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan keadilan. 
 
“Melayu Islam yang sejati adalah Melayu yang berintegriti,Melayu yang berdaya saing, tidak rasuah,tidak hasad dengki dan senantiasa tawadu.Inilah definasi Melayu yang diangkat oleh KEADILAN,”katanya.
 
Pada sidang akhbar selepas merasmikan kongres itu,Azmin enggan sebut pada pihak mana ucapannya ditujukan.
 
Beliau juga enggan memberi kepastian mengenai kedudukan tiga Exco PAS.
 
Katanya pimpinan PKR akan bincang hal berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.- 19/5/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 881  tetamu dalam talian