20Jun2018

PAN akui kajian Politweet...Mahathir tak berpengaruh di Johor

Apa lagi nak kata... terpaksa terima dengan hati terbuka kajian bebas yang dibuat oleh badan antarabangsa mengenai trend sokongan pengundi pada PRU14 di Johor.

Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub yang juga anak jati Johor tidak berani menolak kajian yang menyebelahi kepimpinan kerajaan itu.

Katanya, memang ada dapatan dalam kajian media sosial yang berpihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendahului bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Saya terbuka untuk menerima apa-apa maklumat daripada kajian di media sosial. Saya terima mana-mana kajian yang mungkin menyebelahi Najib tetapi ada juga kajian sosial yang menyebelahi Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian firma penyelidik media sosial, Politweet yang menyatakan pengguna media sosial di Johor lebih tertarik kepada Najib berbanding Mahathir.

Kajian itu sekali gus menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus menguasai Johor pada PRU-14.

Bagaimana untuk 'cover line' sikit Salahuddin bagi alasan kajian yang dibuat hanya ibarat lampu suluh yang dapat menerangi sekiranya tiada panduan dalam membuat pilihan.

“Kajian ini untuk beri panduan sahaja, apa yang penting orang politik harus melihat dengan teliti gerakan arus di bawah, khususnya apa yang paling ditakuti adalah arus senyap.

“Arus senyap ini biasanya nampak macam tiada apa-apa, tetapi sudah banyak kali berlaku di mana tiba-tiba ada perubahan besar, ini yang kita harus lebih teliti,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan BN dijangka terus menguasai Johor selepas PRU14 berdasarkan kajian firma penyelidik media sosial, Politweet.

Dalam temu bual bersama portal Worldfuture TV (WFTV), jurucakap Politweet berkata, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad  tidak mendatangkan impak besar di Johor pada PRU-14.

"Secara asasnya, dua pertiga pengguna media sosial di Johor tidak menunjukkan minat terhadap Mahathir di halaman dan paparan Facebook disukai mereka.

"Walaupun ada liputan meluas media mengenai Mahathir dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, ia bukan petanda baik untuk Pakatan Harapan," katanya.

Sehingga Disember tahun lalu, hanya 13.73 peratus pengguna Facebook di Johor menunjukkan minat terhadap Mahathir berbanding 66.67 peratus yang cenderung kepada Najib.

Bagaimanapun, firma itu menyifatkan Johor bukan negeri yang memiliki kemungkinan berubah tangan pada PRU-14.-19/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 477  tetamu dalam talian