21November2017

Najib merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Negeri Kedah berikutan kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit hari ini.

Najib berkata, Almarhum Tuanku merupakan seorang Raja Pemerintah yang disanjung tinggi sepanjang tempoh menyandang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi dua penggal.

Menurut Najib Almarhum Tuanku sebagai Pemerintah negeri Kedah seorang yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah sebentar tadi. Almarhum Tuanku dan saya mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.

"Patik secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan Persekutuan dengan penuh kesedihan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Negeri Kedah. Semoga roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah," kata Najib.-11/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 487  tetamu dalam talian