19Ogos2017

Najib lawat Hadi di IJN... doa cepat sembuh

Dalam kesibukan tugasnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).

Lawatan itu bagi menziarahi Abdul Hadi yang selamat menjalani pembedahan injap jantung berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib menerusi laman twitter miliknya turut mendoakan kesejahteraan Abdul Hadi yang dimasukkan ke IJN sejak 15 Mei lalu.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Sama-sama kita doa beliau segera sembuh dan dalam lindungan Allah SWT,” katanya.-18/5/2017 *gambarfail

IJN dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pembedahan selama tiga jam itu berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

Abdul Hadi sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada tahun lalu sekitar Januari dan Oktober. Media melaporkan ia hanya sekadar rawatan susulan biasa yang dijadualkan oleh pakar.-18/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 612  tetamu dalam talian