16Disember2017

Najib kecam Mahathir dan jawab pantun Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam kerana tergamak bersubahat dan bersekutu dengan musuh politik dan musuh prinsip hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dahulu Dr Mahathir di pentas UMNO mengingatkan ahli-ahli parti mengenai Melayu mudah lupa tetapi kini, jelas ungkapan itu merujuk kepada dirinya sendiri.

Sebaliknya menurut Presiden UMNO itu, orang -orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti  tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah lupa seperti mereka.

Dalam pada itu, katanya ketika kepimpinan UMNO yang menunjang Kerajaan menyeru ke arah kesepaduan nasional dan saling hormat menghormati antara kaum, pihak pembangkang pula, semakin sempit sudut pandang politik, berkaitan etnik dan kaum.

“Di sisi Kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa, pada kita, keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah anak-anak 1Malaysia.

“Bertambah pelik lagi, seorang bekas Presiden UMNO (Dr Mahathir) sendiri yang kini pemimpin utama parti pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 bertajuk “UMNO pelaksana wasiat pusaka, harapan sejati kesejahteraan,” di Dewan Merdeka PWTC, Khamis.

“Ini melihatkan betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini sedangkan UMNO meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, ‘Mamak Malabari’ dari ‘Kerala’ pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pulak kita suruh pulang,” katanya.

Selain Dr Mahathir, Najib dalam ucapannya itu turut menyentuh soal Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berziarah ke hospital melawat beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama.

Tapi,… keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dipantun pulak,” katanya.

Najib kemudian menjawab pantun Anwar:

Burung Merpati Terbang Sekawan,

Hinggap Seekor Di Atas Dahan,

Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,

Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan.

Pantun Anwar selepas menerima lawatan Najib tempoh hari seperti berikut:

“Tuai Padi Antara Masak,

Esok Jangan Layu Layuan,

Ziarah Kami Antara Nampak

Esok Pilihanraya Lawan Tetap Lawan.”-7/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1094  tetamu dalam talian