19Oktober2017

Naib Pengerusi DAP bantah Himpunan Bersih...ajak rakyat langgar undang-undang

tunku-abdul-aziz100Biar betul....tetapi itulah yang dikatakan sendiri oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan,Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim.Beliau tidak setuju penganjuran Himpunan Bersih.

Apa lagi,katanya ia diadakan di Dataran Merdeka kerana mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Tunku Abdul Aziz asalnya menyatakan pendirian beliau secara rasmi dalam perbahasan di Dewan Negara Khamis.

Ketika ditemui wartawan kemudian,tokoh Melayu dalam DAP itu  berkata kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan.

"Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? beliau bertanya.

Menurut beliau orang yang menganjur sukar dicari kemudian.

Katanya jadi siapa yang bertanggongjawab keatas mereka yang cedera dan biasanya pihak berkuasa akan dipersalahkan yang mana tidak adil.

Tunku Abdul Aziz kata pandangan periibadi beliau ini adalah atas dasar prinsip.Katanya ia telah disampaikan kepada rakan-rakan lain dalam DAP.

Beliau menambah apa yang parti itu nak buat terpulanglah pada pihak parti.-26/4/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 888  tetamu dalam talian