21Oktober2018

Muhyiddin nafi spekulasi rombakan PDRM tetapi akui sedang teliti keperluan rombakan

Al-kisah spekulasi pasal rombakan besar-besaran kepemimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bulan hadapan riuh sakan di negara ini  gara-gara berpunca dari laporan akhbar The Strait Times,Singapura.
 
Maka timbul segala macam khabar angin siapa nak ganti termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan beberapa pegawai tertinggi PDRM lain.
 
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa tampil menerusi satu kenyataan menafikan spekulasi itu.
 
Namun pada masa sama beliau memberitahu pihaknya sedang dalam proses meneliti keperluan bagi mengadakan rombakan dalam PDRM untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Kata beliau, pihaknya memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa memastikan setiap kementerian, agensi dan jabatan berfungsi dengan penuh tanggungjawab, telus dan berintegriti.
 
"Saya menerima pelbagai pertanyaan dari orang ramai dan wakil media mengenai perkara ini. Saya menafikan dakwaan rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi PDRM bakal dibuat bulan hadapan sepertimana yang disiarkan di media massa," katanya.
 
Selain Fuzi dan beberapa pegawai kanan dikatakan akan berhenti Straits Times Singapura memetik sumber sebagai emmberitahu tiga jabatan yang didakwa terpalit dengan kes rasuah pula dijangka dimansuhkan dan beberapa pegawainya dikatakan akan dipecat.
 
Tiga jabatan yang dikatakan akan dimansuhkan itu ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).- 12/6/2018
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 495  tetamu dalam talian