19November2017

MRT baru titik permulaan….ada banyak lagi,kata PM

Kalau setakat naik main retorik politik saja…kita pasti tidak akan lihat terbentang depan mata projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) berharga RM21 billion yang akan beri kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 1.2 juta pengguna setiap hari.

Ia bukan datang sekelip mata.Yang pasti jika tidak ada wawasan dan perancangan awal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ia tidak akan jadi kenyataan.

Begitu juga dengan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak dan Sabah yang sebelum ini jadi mimpi penduduk sana.

Ketika merasmikan projek MRT sejauh 51 kilomiter itu di stesen TRX di Kuala Lumpur ,Najib kata siapnya projek ini memberi satu kepuasan peribadi pada dirinya kerana dapat beri salah satu kehendak rakyat.

“Saya masih ingat ketika menggalas tugas sebagai Perdana Menteri antara keptusan paling awal kita buat adalah kenal pasti bahawa apa sebenarnya kehendak rakyat, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

Menurut beliau pembinaan MRT itu adalah satu satu darinya.

“Ini merupakan satu detik yang amat bersejarah di Malaysia, tanggal 17 Julai 2017, hari ini kita menyaksikan pembukaan rasmi laluan MRT Sungai Buloh Kajang, ini benar-benar the real Kajang Move,” katanya.

Semua orang tentu boleh ingat Kajang Move bagi pembangkang ialah langkah politik untuk singkir Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor untuk letak…asalnya Datuk Seri Anwar Ibrahi sebagai pengganti.

Namun tidak jadi kerana kes liwat di mahkamah kemudian nama Datuk Seri Wan Azizah muncul tetapi tidak diterima oleh Istana Selangor hinggalah jawatan itu  datang bergolek pada Datuk Seri Azmin Ali.

Serentak dengan itu sebagai hadiah sempena perasmian MRT itu dan juga menjelang hari kemerdekaan,Perdana Menteri umum diakun tambang 50 peratus mulai esok 18 Julai hingga 31 Ogos ini tambang MRT,LRT ,BRT dan Monorel.

Najib gembira kerana projek MRT itu bukan saja berjaya disiapkan awal malah kosnya dapat dijimatkan sebanyak RM2 billion.

Kos asal ialah RM23 billion namun ia disiapkan dengan kos RM21 billion sahaja.



Beliau kata MRT ini adalah titik permulaan dan banyak lagi akan dilaksana untuk mewujudkan sistem pengangkutan moden yang mantap bagi negara.

Perdana Menteri berkata pelbagai lagi projek akan dilaksanakan termasuk MRT kedua laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya; LRT3 Bandar Utama-Johan Setia; kereta api ke Pantai Timur; Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura; serta menaik taraf sistem monorail dan KTM.

"Ini semua akan dilaksanakan pihak kerajaan, apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap, bererti menjelang tahun 2027 nanti, kita akan menyaksikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang bersepadu sepenuhnya. Inilah impian kita.

"Berdasarkan rekod prestasi, kita (kerajaan) akan dapat memenuhi objektif ini," katanya.

Najib memberitahu berdasarkan tinjauan mereka yang pernah guna sistem pengangkutan ini di luar negara,stesen MRT di Kuala Lumpur adalah lebih baik dari New York dan London.

Ia setaraf dengan di Singapura.- 17/7/2017 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL - GAMBAR MOHAMED HAZRIL



PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 706  tetamu dalam talian