17November2018

Media Thailand ramal Malaysia tarik diri rundingan damai Selatan Thai

Kesudahan satu lagi ikhtiar damai Selatan Thailand yang dihoskan Malaysia menjadi tanda tanya selepas kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak hilang kuasa pada 9 Mei lalu.

Ini kerana Thailand perlu menunggu keputusan kerajaan baharu Malaysia mengenai masa depan proses rundingan damai tersebut.

Media tempatan negara Gajah Putih itu meramalkan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membatalkan peranan Malaysia sebagai fasilitator kepada rundingan damai yang sedang berjalan antara Bangkok dan MARA Patani (Majlis Syura Patani).

MARA Patani adalah sebuah badan yang mewakili beberapa kumpulan militan di wilayah selatan negara itu.

"Kami perlu menunggu pengesahan sama ada fasilator (rundingan damai) dikekalkan atau jika Malaysia akan meneruskan dasar itu (mengenai proses damai selatan Thailand)," kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC), Jeneral Wanlop Raksanor, di petik Bernama Isnin.

Thailand juga perlu melihat sama ada Malaysia akan mengekalkan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim sebagai fasilator untuk rundingan damai itu, katanya.

Kuala Lumpur telah beberapa kali menghoskan rundingan damai antara wakil kerajaan Thailand dan MARA Patani untuk mencari resolusi bagi menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand yang telah mengorbankan lebih 7,000 orang sejak tercetus pada 2004.-19/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 698  tetamu dalam talian