16Oktober2018

MCA guna logo sendiri untuk PRK Balakong…namun kekal dalam BN

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai secara rasmi umum MCA akan guna lambang sendiri dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Balakong,Selangor dan menyifatkan BN ‘ sudah mati’.
 
Katanya keputusan guna lambang sendiri itu diputuskan sebulat suara oleh Jawatakuasa Pusat MCA dan ia akan disampaikan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kemudian.
 
“Kita sudah lama menghantar surat kepada SPR dan telah dipersetujui,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA, di Kuala Lumpur Jumaat.Ini adalah kali pertama Liow tampil dalam sidang akhbar selepas tewas di kerusi Parlimen Bentong pada PRu14.
 
Apapun beliau beri jaminan MCA tidak akan tinggalkan BN.
 
Namun beliau berkata ,”"Biar saya ulang sekali lagi, BN sudah ming cun shi wang (BN hanya wujud pada nama, tapi realitinya sudah mati).

"Kita perlu tumpukan pada pembaharuan setiap parti. Kita masih percaya pada masa depan (MCA)."Kita memasuki babak baru." – 10/8/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 551  tetamu dalam talian