25September2018

MCA dan DAP umum calon PRK Balakong

MCA dan DAP pada Selasa menamakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakongdi Selangor.
 
MCA meletakkan ahli perniagaan setempat Tan Chee Teong manakala  DAP mencalonkan Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki.
 
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong membuat pengumuman itu dalam sidang media di ibu pejabat MCA.
 
Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan nama Siew Ki dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.
 
Pada PRK ini, MCA akan menggunakan logo parti sendiri manakala DAP pertama kali menggunakan logo Pakatan Harapan (PH).
 
PRK Balakong diadakan berikutan kematian penyandang, Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan di KM11.7 Lebuh Raya Grand Saga pada 20 Julai lalu.
 
Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) Eddie menang untuk penggal kedua selepas menewaskan Lim Chin Wah dari Barisan Nasional (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) dengan majoriti 35,538 undi.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 18 Ogos dan hari pengundian pada 8 September.- 14/8/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 425  tetamu dalam talian