Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Dr.Zambry dedah ada usaha melaga-laganya dengan Husni

Dr.Zambry dedah ada usaha melaga-laganya dengan Husni

  • PDF
zambry-husniSudah agak kesekian lama cerita mengenai hubungan para pemimpin UMNO di Perak diperbual serta dijadikan bahan soksek dalam blog-blog.

Konon Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir bakal diberi tugas baru di Kuala Lumpur dalam PRU ke13.

Dr.Zambry dikatakan bakal bertanding kerusi parlimen dan sekiranya BN  menang  dalam PRU ke13,  beliau hanya ditawarkan jawatan timbalan menteri.

Konon Dr.Zambry mengikut jejak mantan Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib yang diberikan jawatan timbalan menteri pengangkutan setelah dipindahkan dari Ipoh ke Kuala Lumpur selepas PRU ke 10.

Menteri Besar baru Perak dikatakan Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah yang bakal bertanding bagi kerusi dewan negeri.

Berita yang tidak diketahui puncanya tidak menarik minat Dr.Zambry untuk mengulas. Setiap kali diaju pihak media, Menteri Besar sekadar menepis.

Mungkin bosan melayan soalan-soalan yang tidak berasas itu ataupun dia sedar soalan-soalan itu mengandungi agenda tersendiri.

Tetapi ketika berucap kepada kira-kira 8,000 perwakilan UMNO dari seluruh Perak sempena Konvensyen UMNO Perak 2012—Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir-- di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini (Ahad), Menteri Besar membuat kejutan.

Secara sinis beliau mengingatkan tentang bahaya fitnah serta usaha pihak tertentu yang menggunakan tAktik melaga-lagakan para pemimpin UMNO negeri.

Dr.Zambry mendedahkan ada pihak cuba melaga-laganya dengan Husni yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Mereka juga katanya cuba melaga-lagakan beliau dengan ADUN Slim merangkap Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Dato’ Khusairy Talib.

Beliau percaya usaha itu semata-mata kerana mahu melemahkan UMNO Perak yang kini dilihat semakin bertambah kuat.

“Mereka melaga-lagakan saya seperti adakah saya jadi Menteri Besar lagi ataupun tidak . . .”

zambry-konvensyenxx

“Mereka melaga-lagakan Ketua bahagian dengan timbalannya . . .”

“ Mereka bercakap tentang calon itu digugur, calon lain  bertanding dan banyak lagi . . .”dedahnya lagi.

“Mereka gentar kita semakin kuat sebab itu mereka mengunakan pelbagai cara kotor”katanya.

Beliau menambah pentingnya ahli-ahli UMNO bersatu padu kerana mereka adalah asset penting yang bakal mempertahankan kerajaan dalam PRU ke13 kelak.

 Dr.Zambry juga mengingatkan ahli-ahli UMNO perangkap pembangkang yang menggunakan bermacam helah untuk mencipta kemenangan.

Dalam konteks ini beliau yakin perpaduan ahli-ahli UMNO adalah senjata yang bakal mencatat kemenangan BN dalam PRU ke13.

“Jagalah barisan kita.. .jangan ada cah keting, jangan berebut jawatan sesama kita. Soal calon kita serah kepada Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Razak untuk menentukan.

“Kita mesti faham yang menentukan kemenangan ialah rakyat. Jangan hilang fokus, jangan ulangi kesilapan yang lalu (merujuk kepada PRU ke12).

Beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mengikut rentak pembangkang.

“Itu yang mereka hendak kerana UMNO Perak sekarang adalah yang terkuat dalam negara . . .mereka takut”

“Tak mungkin BN boleh kalah jika kita lihat sokongan rakyat khusus perpaduan kita pada hari ini (merujuk kepada peserta konvensyen).

“Kita dah belajar dari kesalahan lalu .  . . kita bukannya seperti apa yang disebut sebagai sindrom Winston Churchill.

Konon mantan Perdana Menteri Britain itu sentiasa merasakan negaranya hebat dan kuat dan tak yakin empayar inggeris itu akan runtuh walau pada ketika sama satu demi satu negara yang dijajah merdeka.

Sebaliknya Jepun membuktikan ia sebuah negara yang kecil tapi berjaya mengalahkan empayar besar. “Justeru kita harus belajar dari kesilapan lalu.

“Kalau ada masalah diperingkat bahagian, panggil dan berbincang . . .”katanya.

Menteri Besar yang berucap kira-kira sejam berselang seli dengan humour mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pelbagai pihak termasuklah DAP.

“DAP adalah parti yang paling rasis dalam dunia. . .”

“Konon parti itu mendakwa ia memperjuangkan demokrasi tanpa mengira kaum tetapi tanyalah individu tertentu berbangsa India dalam parti itu adakah dia mendapat kesamarataan.

“Tanya juga orang Melayu yang menyertai parti itu . . “ sambil mendakwa tak ramai orang Melayu menyertai DAP.

Katanya sudah terbukti ada orang-orang Melayu yang menyertai DAP akhirnya keluar meninggalkan parti itu kerana perjuangan perkauman parti itu.

“Nga Kor Ming, pemimpin nombor satu DAP di Perak memaki hamun saya dengan menyebut saya sebagai hitam metalik haram jadah . . .”

Sekadar menyebut hitam metalik tu masih boleh diterima  tapi menyebut sebagai haram jadah . . .orang Melayu cukup pantang dikatakan haram jadah . . . inilah DAP.

Dr.Zambry menarik perhatian perwakilan apabila mengungkap serangkap pantun:
Yang Putih itu Bangau
Yang Hitam itu Gagak
Yang Putih itu Kadangkala Berpanau
Yang Hitam itu juga Segak

Perwakilan ketika itu bertepuk sorak serta tertawa terbahak-bahak.

 Beliau mahu ahli-ahli UMNO tidak lagi berdiam apabila berdepan isi-isu fitnah.
“Buat program . . .jawab balik. Rakyat mahukan kebenaran kerana mereka dah bosan dengan  sikap pembangkang.”

Beliau juga keciwa kerana ada pihak sanggup memfitnah Perdana Menteri dan isteri termasuklah sewaktu Najib (DS)menunaikan haji di Mekah tempoh hari.

Mereka katanya mendakwa Perdana Menteri menginap dalam bilik hotel berharga RM65,000 semalam . . .saya ada sekali di Mekah, saya tahu. Itu tak betul.

“Mereka juga memfitnah cincin yang dipakai isteri Perdana Menteri bernilai jutaan ringgit . . .itu lagi fitnah. Kasihan Rosmah . . .”katanya.

Malah Dr.Zambry juga menafikan Perdana Menteri membawa “hand phone” ke Mekah seperti yang didakwa.  Telefon yang diguna tempoh hari dipinjam bagi membolehkan beliau membuat rakaman dan menghantar rakaman itu sempena hari raya haji.

Diakhir majlis Menteri Besar bersama-sama dengan perwakilan dari setiap bahagian dan cawangan bertakbir tiga kali serta melaungkan “hidup UMNO dan hidup BN, juga tiga kali.-19/2/2012 - OLEH YUSOF HARUN


mb3

MB Perak pilih tidur di masjid

Tidur di masjid mungkin asing buat sesetengah orang tetapi bagi Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir ia sebahagian dari kegiatan politik—ia perkara biasa.

Tidor dalam masjid diwaktu malam dengan niat beribadat bukan saja dituntut oleh agama malah ia mendekatkan diri dengan Allah dan masyarakat setempat.

Selain dari itu ia dapat mendekatkan dirinya dengan rakyat yang rata-rata mengharapkan hidup mereka diberi pembelaan.

Tetapi berapa ramai dari kita yang konon “alim-alim kucing” ini sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak untuk tidur dan beribadat di rumah Allah itu?.

Walkabout atau program turun padang Menteri Besar dua hari bermula Rabu lalu di Tanjung Malim berakhir lewat malam sebelum bermula semula Khamis pagi.

Dr.Zambry dijadual bermalam di rumah keluarga angkatnya,Haji Shafee yang juga mantan gurunya sewaktu menuntut di Pangkor dalam tingkatan empat.

Haji Shafee mengajar bahasa Melayu menganggap “Dr.Zambry pelajar cerdik, cergas dan awal-awal lagi dah nampak bakat dalam bidang penulisan.”

Bagaimanapun  program bertukar dengan diganti program kiamulail dan solat subuh di Masjid Jamek. Menteri Besar bersetuju untuk tidur (lihat gambar ihsan ADUN Slim Datuk Khusairi Talib) di masjid malam itu.

mb2xx

Selesai solat subuh berjemaah Dr.Zambry mengambil peluang memberikan tazkirah kepada jemaah sebelum mereka berjalan beramai-ramai menuju ke sebuah gerai Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) untuk bersarapan.

Itu program malam serta awal pagi Khamis tapi sepanjang hari Rabu, selain mempengerusikan mesyuarat EXCO, Menteri Besar menerima borang keahlian dari 187 bekas ahli-ahli PKR menyertai UMNO.

ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi menjuruterai kemasukan beramai-ramai itu namun “saya sendiri belum masuk UMNO . . .tunggulah nanti”katanya.

Menteri Besar bergambar dengan 187 bekas-bekas PKR yang memakai baju-t serba merah sebelum menghadiri makan tengahhari di kemah bersebelahan.

Ketika ditanya pihak media, Dr.Zambry enggan menjawab sama ada UMNO akan mencalunkan Jamaluddin bertanding di Behrang dalam PRU ke13 kelak.

Untuk rekod Jamaluddin ialah bekas ahli PKR yang menyokong BN tapi belum secara rasmi menjadi ahli UMNO.

“Tunggulah…bila sampai masa kita umumkan”katanya ringkas.

Walaubagaimanapun Menteri Besar teruja dan memberikan penghargaan kepada usaha Jamaludin membawa bekas ahli-ahli PKR itu menyertai UMNO.

mb3xxxx

“Dia banyak membantu UMNO di kawsasan ini. . . .kita ucapkan terima kasih”katanya.

Lain pula ceritanya di majlis yang lain. Bukan mengenai makanan tapi Dr.Zambry nampak begitu berselera manjamu makanan tengah hari yang antara menunya nasi tomato, ayam masak merah dan dalca.

“Makanannya sedap . . .apa yang anda makan sayapun makan. Sama saja . . .”katanya sewaktu berucap dalam Majlis Amanat Menteri Besar yang dihadiri kakitangan awam, badan-badan NGO, pemimpin masyarakat dan agama, persatuan dan pertubuhan belia di Tanjung Malim.

Dr.Zambry gembira masyarakat sudah mula memberi perhatian kepada konsep trransformasi yang diumum Perdana Menteri.

Katanya setiap pemimpin harus bersedia melalui transformasi walaupun tidak mendapat pulangan  yang diinginkan.

Beliau juga bercakap tentang hubungan rakyat dan pemimpin dulu dan sekarang.

” Jika dahulu, Menteri Besar hendak datang ke sesebuah kawasan, persiapan sangat rapi  dibuat sebagai menyambut..kini semua itu tidak harus dijadikan tradisi..

Beliau menambah ”apa yang penting, kita (pemimpin) turun dan dekat dengan rakyat..barulah kita dapat selami permasalahan rakyat dan faham kehendak mereka.. sekaligus, masalah yang sebelum ini mengambil masa bertahun untuk diselesaikan
hanya perlu mengambil masa beberapa bulan sahaja. ”

Beliau menganjurkan pemimpin disemua peringkat  menerapkan  pendekatan  turun padang bagi mendampingi masyarakat.

” Selagi kita tak turun kawasan, selagi itu kita tak tahu apa masalah rakyat..bila dah turun dan tengok sendiri, baru masalah dapat diketahui..

Sebaik selesai program di MDTM, Menteri Besar membuat kejutan apabila muncul di Medan Selera Behrang Stesyen, kira-kira 20 minit perjalanan dari MDTM, pada sebelah petang.

mb4xxx

Orang ramai yang menunggu dan hadir dijamu dengan pelbagai makanan seperti karipap, goreng pisang, mee dan beehun dan juga lain-lain juadah secara percuma.

Medan selera ini mempunyai lapan pintu gerai menjual pelbagai jenis masakan dan makanan.  Tak hairan jika ia menjadi  tumpuan utama penduduk di sini.

Macam biasa  Dr Zambry ketika berucap kepada orang ramai mencuit hati mereka: setiap kali hendak memasukan makanan ke dalam mulut “ada saja sampul dihulurkan . . .tapi saya faham masalah rakyat.”

Beliau menganggap program minum petang bersama rakyat seperti yang dilakukan  seolah-olah tidak wujud jurang diantara seorang pemimpin dan rakyat.

Beliau berharap program ini dapat diteruskan “agar tidak wujud jurang yang terlalu jauh antara pemimpin dan rakyat.”

” Saya selesa begini..bila Menteri Besar turun, tiada lagi khemah-khemah besar dan persiapan istimewa..saya selesa bersama rakyat..apa yang rakyat makan, saya makan, ” katanya.

Beliau kemudian meluluskan permohonan penduduk di Behrang Stesyen iaitu  RM30,000 membaik baik pulih SJK(C) Ping Min, RM25,000 membaiki padang  SJK(T) Behrang Stesyen.

Beliau juga meluluskan permohoan membaik pulih masjid di pekan itu tetapi jumlah peruntukan akan diumumkan kelak kerana menunggu laporan lanjut.

Pekan Behrang Stesyen adalah pekan tua yang dihuni kebanyakan peniaga-peniaga Cina. Deretan kedai pernah terbakar dan mereka juga mengalami banjir besar pada tahun 1970an.

Terdapat 70 buah kedai membarisi pekan itu. Perniagaan pula membabitkan kedai runcit, kedai jahit, mekanik, restoren dan sebagainya.

 Mr.Lee, seorang pekedai di pekan ini teruja dengan lawatan Menteri Besar berkata, “Dr.Zambry adalah Menteri Besar pertama melawat ke pekan berkenaan sejak negara merdeka.”

Menteri Besar  membuat walkabout kira-kira 30 minit meninjau ke sekitar pekan  berkenaan. Selain bertanya khabar, beliau mengutip maklumat mengenai masalah penduduk.

Sebelum pulang semula ke Ipoh, Menteri Besar membayangkan kawasan paling selatan di Perak itu bakal membangun dengan pesat.

Ia memerlukan tiga hingga empat tahun lagi sebelum semua itu menjadi nyata.

Satu projek mega masih dalam peringkat perbincangan namun Dr.Zambry enggan memberikan butiran lengkap.”Tunggulah dulu . .”.katanya pada media.- OLEH YUSOF HARUN-18/2/2012


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.