25September2017

MB Perak cerita resepi kejayaan Pangkor Dialogue

Kelayakan ilmiah dan tahap intelektual Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberikan  inspirasi kepada kerajaan negeri untuk memulakan Pangkor Dialogue dengan pencapaian yang amat membanggakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapan aluannya pada majlis perasmian Persidangan Pangkor Dialogue 2017 di [email protected] pada Isnin berkata, kerana pencapaian terbaik dan tidak pernah dijangkakan inilah Pangkor Dialogue mendapat jolokan `Persidangan Davous Asia'.

Katanya, selain itu Pangkor Dialogue yang sudah empat tahun penganjurannya turut mengenengahkan ilmu sebagai tradisi dan budaya negeri Perak.

``Empat tahun yang lalu, dalam satu perbincangan biasa, saya mengajukan pertanyaan mudah kepada Team saya bagaimana kalau kita menjadikan Perak sebagai penganjur terhadap kegiatan intelektual, pusat pengetahuan, kreativiti dan inovasi, atau hanya meletakkan Perak sebuah negeri berasaskan pengetahuan dan membina satu model pembangunan mampan dan ekonomi yang baru.

``Dalam masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  telah menyempurnakan agenda serupa dalam bentuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), yang merupakan tindakan universal bagi menamatkan masalah kemiskinan, melindungi bumi ini dan memastikan semua orang menikmati kedamaian dan kemakmuran yang telah diterbitkan pada bulan Jun 2012,’’ katanya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan persidangan Pangkor Dialogue 2017 yang berlangsung di hotel berkenaan pada 9 hingga 12 September ini.

Menurut Dr Zambry, apa yang menarik Perak Amanjaya Blueprint yang diusahakan kerajaan pada tahun 2009 berkongsi cita-cita  dan komitmen yang sama iaitu  membasmi kemiskinan berdasarkan pendekatan ``Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir’’’.

Katanya, penghargaan turut diberikan kepada Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang telah bekerjasama dengan Institut Darul Ridzuan (IDR) dalam menganjurkan Pangkor Dialogue 2017 pada kali ini.

``Ini jelas melambangkan hubungan strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta menjadi aspirasi supaya Pangkor Dialogue menjadi tempat pilihan dunia untuk pertemuan dalam bidang pembangunan lestari amnya,’’ kata Dr Zambry.

Beliau memberitahu perwakilan yang hadir berhubung pencapaian negeri Perak dimana Ipoh telah diiktiraf secara rasmi sebagai Bandar Perniagaan Sosial pertama di Asean, yang kedua di Asia dan kelima dalam dunia oleh Pemenang Anugerah Noble Muhammad Yunus pada tahun lepas.

``The Lonely Planet juga telah mengiktiraf Perak di kalangan Top 10 tempat mesti dilawati di dunia untuk tahun 2017 dan Ipoh tersenarai 10 terbaik untuk dilawati di Asia dan Ipoh juga kini menjadi tempat pertemuan yang hebat malah Pangkor Dialogue telah menjadi jolokan persidangan Davos Asia,’’ katanya.

Pangkor Dialogue pada kali ini menyaksikan penyertaan terbesar sektor swasta dalam persidangan antarabangsa yang memasuki siri keempat dianjurkan.

Lebih 300 peneraju industri terlibat dalam persidangan tersebut berbanding 265 peneraju industri pada tahun lalu dan 160 peneraju industri tahun sebelumnya.-11/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 461  tetamu dalam talian