20Jun2018

Manifesto Pakatan Harapan: Jangan tipu rakyat - PM

Tembelang manifesto Pakatan Harapan yang populis janji bukan-bukan termasuk hapus tol dan GST semata-mata untuk memancing tidak dapat ditutup kerana kesan amat buruk kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan manifesto pakatan pembangkang itu ‘dahsyat’ kerana akan beri kesan buruk kepada negara dan genarasi akan datang.

Katanya pemansuhan GST dan tol sahaja akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil RM410 bilion tidak termasuk hutang sedia ada yang lain malah separuh daripada pembangunan negara juga tidak akan dapat dilaksanakan.

“Pembangkang kata kita tambah hutang negara tetapi manisfesto mereka lagi dahsyat akan menyebabkan negara berhutang lebih tinggi.

“Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat, jangan tipu rakyat. Kita tidak tipu, kita beritahu atau laksana perkara yang kita mampu bukan sekadar berjanji sahaja. Apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Program Bajet 2018 bersama Rakyat: Belia dan Pelajar, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau Selasa.

Seramai lebih 3,000 pelajar dari seluruh negeri ini hadir pada majlis itu.

"Tapi percayalah kita sentiasa fikir tentang rakyat kerana ini dasar kita, rakyat didahulukan,”kata Perdana Menteri.- 13/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 463  tetamu dalam talian