Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan PAS bergegar kerana pengakuan terbuka Ahli Parlimen sendiri...

PAS bergegar kerana pengakuan terbuka Ahli Parlimen sendiri...

  • PDF

pas513xxPAS nampaknya jadi kelamkabut gara-gara tindakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat,Selangor Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang saints nuklear membelasah gelagat partinya sendiri menerusi Buletin Utama TV3 yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.

Malah organ rasmi parti itu Harakahdaily melaporkan kenyataan beliau amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bukan saja berkata PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat tetapi menyifatkan kenyataannya mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan mengenai kilang Lynas satu pembohongan.

Turut sama tampil membuat kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Sekalipun bukan pakar nuklear, ketiga-tiga mereka tetap tunjuk hebat mendakwa kilang Lynas tidak selamat – untuk menidakan kenyataan Dr Che Rosli yang merupakan pakar dalam bidang itu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang selama ini menjadi ‘ tukang bising’ bantah projek kilang Lynas dilaporkan memperlekehkan pandangan Dr Che Rosli.

Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik parti itu.

Menariknya kali ini ia bukan berdepan dengan musuh politik yakni Barisan Nasional tetapi dari ‘orang dalam’ sendiri yang mengaku sudah hilang sabar dengan gelagat partinya.

Kerajaan Pahang telah mempertahankan projek kilang Lynas setelah laporan pakar antarabangsa sendiri mengesahkan ia selamat.

Kilang berkenaan bukan sahaja mewujudkan banyak peluang pekerjaan tetapi menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi sekitar ibunegeri Pahang.

Kalangan pemimpin Barisan Nasional menilai tindak tanduk pembangkang dalam isu Lynastidak lebih dari cuba untuk menjadikan modal politik bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ia untuk memaparkan bagaimana rakusnya Barisan Nasional hingga tidak mempedulikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dalam meraih keuntungan. 

Ramai yang kesal dengan sikap mereka yang terus menerus menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekomomi.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri telah menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.

Perhatian juga kini bertumpu kepada Dr Che Rosli bila melihatkan pimpinan partinya tetap beremosi hendak menegakkan pandangan ‘ tidak pakar’ mereka.

Sikap mereka yang menolak pandangan pakar kerana lebih utamakan matlamat politik sebelum ini jelas terpancar dari isu video seks Datuk seri Anwar Ibrahim yang disahkan 99.9 peartus tulin oleh pakar antarabangsa.

Nampaknya mereka tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar segala pakar.

Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS...bila timbul kegerunan akan mencalarkan perasaan rakan sebantal politik mereka.

Ironinya PAS sentiasa mendabik dada mendakwa ramai golongan profesional makin terpikat dengan dasar dan perjuangan parti itu.

Melihat nasib Dr Che Rosli rasanya lebih selamat jadi ‘pakar ceramah’ saja dalam PAS.-25/8/2011



Mana PAS nak letak muka ...bila Ahli Parlimen PAS sendiri mengaku di Buletin Utama TV3 malu dengan cara PAS

altHarap-harap nanti jangan pula meletup tuduhan Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah ‘kena beli’.

Mereka yang menonton Buletin Utama TV3 Rabu malam pasti terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang,Kuantan yang digembar gembur oleh PKR adalah selamat.

Apa agaknya reaksi Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang terus menerus main sentimen kilang itu tidak selamat bila mendengar pengakuan profesional dari seorang Ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyat.

Pihak PAS sendiri bagaimana nak terima ‘ ledakan’ dari Dr Che Rosli ini ? Ini adalah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS ‘ menyimpang’ dan belasah parti sendiri secara terbuka begitu.

Pengakuan seorang terpelajar seperti ,Dr Rosli ini dalam isu Lynas juga mungkin boleh membuka mata kalangan ahli PAS yang taksub tentang beberapa isu lain misalnya kes video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri kata ‘ besi’ dan tidak boleh jadi bahan bukti.

Mungkin ramai lagi yang tidak puashati dengan cara bos mereka tangani isu yang libatkan kredibiliti dan bertentangan pendirian parti tetapi tidak berani bersuara macam Dr Che Rosli.

Dari pengakuannya dalam interbiu dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.

alt

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.

Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam  Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

alt

GAMBAR - DR CHE ROSLI  DAN FUZIAH SALLEH

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

alt

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."- 24/8/2011


 


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.