16November2018

Mahkamah Rayuan tolak permohonan bubar UMNO…

Salah satu kes mahkamah yang kebelakangan ini menghantui UMNO kerana boleh mengakibatkan parti itu kena bubar sudah beres.
 
Ini gara gara tindak tanduk 16 orang bekas ahli UMNO memohon pembubaran parti berusia 72 tahun itu kerana mendakwa ia gagal membuat pemilihan peringkat cawangan dan bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
 
Ahli UMNO di seluruh negara boleh menarik nafas lega bila Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Isnin menolak permohonan mereka yang diketuai Ketua Cawangan Seri Merpati Pandan Indah Salihudin Ahmad Khalid.
 
Pada 20 April lalu, mereka memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membenarkan lanjutan bagi membolehkan cawangan dan bahagian UMNO menangguhkan pemilihan parti selepas PRU ke-14.
 
Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid yang mengetuai panel tiga hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang mereka pohon.
 
Keputusan itu dibuatnya bersama Hakim Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Zabariah Mohd Yusof selepas perbincangan selama setengah jam dimana mereka dapati tiada sebab untuk berganjak dari keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya.
 
Pada 26 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman itu berdasarkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang menyatakan anggota parti tidak boleh membawa pertikaian melibatkan parti ke mahkamah.
 
UMNO telah menangguhkan pemilhan parti setelah dapat kebenaran ROS untuk menghadapi pilihanaraya umum ke 14 dulu.Pilihanraya umum itu diadakan 9 Mei lalu.
 
Pemilihan UMNO telah diadakan pada 30 Jun lalu dimana Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden UMNO yang baru manakala Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai timbalan..
 
Sementara itu peguam yang mewakili kumpulan bekas ahli UMNO itu,Mohamed Haniff Khatri Abdulla kata pihaknya akan kemuka rayuan ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 30 hari dari sekarang.- 5/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1106  tetamu dalam talian