Walaupun sekitar 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba ‘ bikin sarkas’ di komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin namun undang-undang tetap undang-undang.
Setelah mengambil masa selama 1 jam 48 minit Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan dinanti-nanti mengenai kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sudah tertangguh banyak kali.
Keputusan beliau ialah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.
Maka Ketua Umum PKR itu diperintah membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya.
Dalam merumuskan kes itu hakim mendapati Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Menurut beliau keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.
Anwar yang ditemui wartawan selepas itu seperti selalu member komentar dengan skrip biasanya.Dakwanya keputusan hakim itu sudah dijangka.
Katanya mereka akan fight all out untuk membela diri.
Sementara itu suasana sekitar mahkamah kecoh dengan pelbagai gelagat kalangan 200 penyokong Anwar sementara menanti pengumuman hakim.
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lepas.
Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.
Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.
Ini merupakan tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.
Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.-16/5/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
Setakat jam 8 pagi sekitar 200 orang berkumpul di Mahkamah Tinggi KL tunggu pengumuman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka jam 9 pagi.Biasanya sunyi saja.
8.40pg - Dalam kamar mahkamah penuh termasuk wartawan luar negara.Di pekarangan penyokong-penyokong Anwar buat hal luang reformasi dan nyanyi lagi keadilan.
Anwar tiba 8.45 pagi.Antara kelihatan Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Azmin Ali Tian Chua,Datuk Chua Jui Meng,Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain.Pagi tadi ada yang buat solat hajat di Masjid Wilayah dekat situ.
9.55 pagi -macam sarkas-penyokong-penyokong Anwar berbaris buat laluan masuk ke bangunan mahkamah dan sorak orangramai yang terpaksa ikut laluan itu.
10.20pagi-dari kenyataan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam mahkamah takat ni menjelang sampai rumusan kes nampaknya Anwar boleh KANTOI.
10.35 pagi-antara point menarik hakim kata keterangan pakar-pakar yang mendapati penetrasi berlaku adalah konsisten.Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang credible.
10.50 pagi- Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah umum Anwar KENA BELA DIRI.
11.15 pagi - Hakim tetapkan perbicaraan kes liwat Anwar dari 6 hingga 30 Jun ini.
11.40 pagi - ketika dikerumuni wartawan Anwar guna skrip biasa.." keputusan ini memang sudah dijangka.Kami akan fight all out untuk bela diri."- 16/5/2011
Liwat : Apa cerita Isnin ini...?
Jeng jeng jeng…Isnin ini seantero dunia akan tahu sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Nasib Anwar terletak di tangan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang dijangka akan mengumumkan keputusan penting itu sekitar jam 9 pagi.
Apakah keputusannya akan memihak kepada hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili pihak pendakwaan ataupun barisan peguam Anwar, Karpal Singh, Ram Karpal serta S N Nair?
Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka akan bermulalah lagi perbicaraan sebenar yang memakan masa entah berapa lama.Jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Jika Anwar dibebaskan, tak perlu ceritalah kesannya kepada politik di negara ini.
Sementara menunggu D-Day Isnin ini, kita toleh ke belakang bagaimana cerita ini bermula.
Sejah tercipta pada 28 Jun 2008 apabila Saiful membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.
Tindakan Saiful yang mengejutkan seantero dunia itu membuat Anwar panik dan keesokannya lari mencari perlindungan di Kedutaan Turki. Difahamkan semasa Anwar berada di kedutaan itu dia sempat membuat panggilan ke Amerika Syarikat, meminta pertolongan kawan-kawannya di sana.
Anwar hanya keluar dari kedutaan itu keesokannya dan pada sidang akhbar dia mendakwa wujud konspirasi pihak tertentu menjatuhkannya menggunakan isu liwat.
Dia terus memfailkan saman ke atas Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa bahawa Saiful membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.Pada 1 Julai Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Keesokannya (2 Julai) Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar mencabar Anwar dan Mohd Saiful bersumpah mubahalah untuk membersihkan diri masing-masing.
Pada 31 Julai Menteri Dalam Negeri ketika itu, Syed Hamid Albar mengumumkan siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Pada 6 Ogos Anwar menerima sapina supaya hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 7 Ogos untuk menghadapi tuduhan liwat berkenaan.
Keesokannya Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Saiful. Anwar mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu dan dibebaskan dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
Anwar juga tidak perlu menyerahkan passport antarabangsa sebagai jaminan beliau tidak meninggalkan negara ini.Pada 15 Ogos, Saiful bikin gembar apabila dia dia melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan.
Sejak itu macam-macam ding dong berlaku dan Anwar menggunakan kesempatan menjadikan kes itu modal dalam ceramah-ceramahnya termasuk dalam beberapa pilihanraya kecil, walhal perbuatannya itu jelas menghina mahkamah.
Perbicaraan dalam perbicaraan kes liwat ini hanya bermula pada 3 Februari 2010 dan sejak tarikh itu ia sudah lima kali ditunda.
Antara punca penundaan itu ialah pertikaian mengenai senarai saksi dan bahan bukti yang membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, Karpal mengalami sakit dua kali kerana denggi dan cirit-birit dan kemudian kerana kematian adiknya, serta cubaan peguambela memohon hakim digugurkan daripada kes.
Secara total perbicaraan lengkap berlangsung selama 57 hari. Walaupun 71 nama dikemukakan sebagai saksi, hanya 27 dipanggil memberi keterangan.-13/5/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







