
KEMASKINI Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama dipanggil memberi keterangan apabila perbicaraan membela dirinya bermula 8 Ogos depan, kata peguamnya, Sankara Nair.
Sankara berkata demikian selepas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar Anwar membela dirinya selepas kes itu dibawa untuk sebutan, pada Rabu.
Tidak seperti biasa, keadaan di kamar mahkamah agak lengang kali ini. Wartawan, pemerhati dan sebilangan kecil penyokong Anwar berada di mahkamah sejak 9 pagi tetapi hakim hanya memgumumkan tarikh itu pada 10.47 pagi.
Terdahulu, sebelum prosiding bermula, hakim memanggil peguam Anwar dan pendakwa masuk ke kamar untuk berunding sebanyak dua kali.
Anwar hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan yang didakwanya berlaku ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu. Dia ditemani oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak lelakinya, Ehsan.
Sankara berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan supaya mahkamah memerintahkan pihak pendakwa menyediakan 20 orang saksi untuk ditemubual oleh pihaknya.
“Kami telah meminta mereka mengemukakan saksi hari ini tetapi mereka enggan. Oleh itu kami terpaksa memfailkan permohonan ini,” katanya yang turut menyebut nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai saksi yang dimahukan.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. – 13/7/2011. OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







