17Januari2018

Lima maut dalam kebakaran pusat jagaan orang tua di Kajang

Lima individu maut dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 5 pagi dan mengerahkan 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi ke tempat kejadian.

"Kebakaran berkenaan membabitkan banglo dua tingkat yang dijadikan pusat jagaan orang tua," katanya ketika dihubungi Bernama.

Butiran tentang kejadian dan jumlah mangsa terlibat belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dijadual mengadakan sidang media tentang kejadian itu.- 1/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 654  tetamu dalam talian