20September2018

Laporan pengauditan 1MDB dikelaskan sebagai dokumen terbuka

Laporan Pengauditan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
 
Dalam kenyataan Selasa, Madinah berkata Laporan Pengauditan 1MDB dikelaskan sebagai 'Rahsia' pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.
 
"Saya memaklumkan bahawa Laporan Pengauditan 1MDB tersebut dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka dan Ringkasan Eksekutif mengenainya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara di ww.audit.gov.my" katanya.
 
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata beliau telah mengarahkan supaya status rahsia laporan 1MDB yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) digugurkan.- 15/5/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 437  tetamu dalam talian