Isu kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara terus mencuri perhatian ramai sekalipun sudah berlarutan beberapa hari. Ini lebih-lebih lagi apabila rakan politiknya Karpal Singh yang Isnin lalu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar,Khamis mendesak pula Timbalan Presiden PAS itu menarik baik kenyataannya.
Pengerusi DAP itu bimbang tindak tanduk itu memberi kesan negatif terhadap pakatan pembangkang.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Namun Mat Sabu tetap tidak mahu berganjak apa lagi meminta maaf kerana menbuat kenyataan yang menyakitkan hati banyak pihak .
Beliau sebaliknya terus dengan dakwaannya perkara itu hanya putar belit akhbar Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Harakahdaily memetik beilau sebagai berkata pasal apa nak minta maaf.
Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.
Karpal Singh yang mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mat Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Timbaan Presiden PAS itu sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan pembangkang.-1/9/2011
Lagi pukulan ke atas Mat Sabu...Karpal Singh sendiri kata dia silap
Tiga hari berlalu sejak kontroversi kenyataan celupar Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan pertikai sejarah kemerdekaan...anehnya belum ada seorangpun pemimpin PAS lain yang tampil backing Timbalan Presiden PAS.
Jika signal itu tidak cukup, Isnin Pengerusi DAP Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh rakan politiknya itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.
Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.
“Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden PAS) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar," kata Karpal.
Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
"Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan," kata Karpal dalam kenyataan.
Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan.-29/8/2011
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







