17Januari2019

Lagi kes edar risalah Bible…empat warga Finland ditahan di Langkawi

Sekalipun hal ini sudah menjadi isu yang cetus kebimbangan ramai namun kegiatan menyebar risalah Bible nampaknya semakin menjadi jadi.
 
Sebelum ini riuh kisah perbuatan ini dilakukan oleh invidu warga tempatan di luar kawasan sekolah di Bukit Mertajam,Pulau Pinang.
 
Dalam pada itu baru ini lima warga Nigeria ditahan di Georgetown,Pulau Pinang.
 
Terbaru…ada ada lagi orang luar didapati terlibat.
 
Ini bila polis di Langkawi telah menahan empat orang warganegara Finland disyaki menyebarkan risalah Bible kepada umat Islam di sekitar pulau peranginan itu.
 
Suspek adalah dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di sebuah resort di pulau itu kira-kira jam 5.30 petang.
 
 
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima tiga laporan mengenai kejadian itu.
 
Satu daripada laporan tersebut dibuat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang mendakwa diberikan sebatang pen dengan risalah Bible di sekelilingnya oleh tiga indvidu warganegara asing ketika sedang berada di sebuah premis di Pantai Chenang pada 18 November lalu, jam 10.30 malam.
 
“Pen itu didakwa turut diedarkan kepada kakitangan premis dan peniaga di kawasan Pantai Chenang. Ekoran daripada itu, pihak polis membuat siasatan dan berjaya menahan keempat-empat suspek semalam,” katanya dalam satu kenyataan Rabu.
 
Pada pen tersebut, tertera perkataan “Kata Yesus kepadanya. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada bapa, kalau tidak melalui aku,” Terjemahan Baru, Yohanes 14:6.
 
Difahamkan mereka tiba di Langkawi kira-kira jam 7 pagi, 18 November lalu dan mula mengedarkan pen tersebut kira-kira jam 10.10 malam hingga 12.30 pagi.
 
Mohd. Iqbal menambah, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan berhasrat untuk meninggalkan pulau ini esok.
 
“Selain itu, kami turut merampas 47 batang pen dengan risalah Bible tersebut, 336 buku kecil berkaitan Kristian yang tertulis bahasa Vietnam terbitan World Missionary Press Inc serta dua buah bagasi kecil.
 
“Suspek yang ditahan tidak memiliki rekod lampau dan kami akan mendapatkan perintah tahanan reman bermula hari ini untuk menjalankan siasatan lanjut. ” katanya.- 21/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 397  tetamu dalam talian