18Oktober2018

Ketua Puteri UMNO pertahan Parlimen Masjid Tanah

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Emieyati Samsuddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris Haron manakala beliau sendiri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Idris turut mengumumkan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dicalon semula untuk Parlimen Hang Tuah Jaya, yang sebelum kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya adalah Parlimen Bukit Katil, dan pada PRU lepas beliau tewas dengan majoriti 5,447 undi di kawasan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bertukar kerusi daripada Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput, manakala tempatnya akan digantikan Ketua Pemuda UMNO Melaka Datuk Zali Mat Yasin.

Pengerusi MCA Melaka Lim Ban Hong pula akan mempertahankan DUN Klebang, manakala bekas Pengerusi MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan tidak disenarai dan tempatnya di DUN Gadek digantikan Setiausaha MIC Melaka Datuk P. Panirchelvam.

Melaka mempunyai 28 kawasan DUN serta enam kawasan Parlimen yang ditandingi keseluruhannya oleh BN pada PRU14 dan pada PRU13, BN menguasai 21 kawasan DUN dan empat kawasan Parlimen.

Pada majlis sama, Idris turut mengumumkan Ketua MCA Bahagian Bukit Katil Datuk Koh Nai Kwang akan bertukar kerusi daripada Parlimen Alor Gajah ke DUN Machap Jaya, tempatnya di Parlimen itu akan digantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee.

Wong adalah calon penampilan semula dan pada PRU11 sebelum ini menewaskan calon DAP, Kerk Kim Hock untuk kerusi Kota Melaka, namun Wong tewas kepada calon DAP Sim Tong Him pada PRU12.

Timbalan Pengerusi UMNO Melaka Datuk Seri Ahmad Hamzah akan mempertahankan Parlimen Jasin buat penggal ketiga, manakala Parlimen Kota Melaka akan ditandingi Pengerusi Biro Profesional Muda dan Pelajar Pemuda MCA Choo Wei Sern yang merupakan calon muka baharu.

Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Chua Lian Chye dicalon semula untuk bertanding di DUN Pengkalan Batu yang sebelum kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya adalah DUN Bachang, manakala calon MCA Datuk Ng Choon Koon akan bertukar kerusi daripada DUN Bemban ke DUN Kesidang.

Idris berkata tiga penyandang DUN iaitu Datuk Lai Meng Chong (Machap), Datuk Ab Rahman Karim (Pantai Kundor) dan Datuk Latiff Tamby Chik (Telok Mas) telah menyatakan hasrat untuk mengundur diri pada PRU kali ini.

Dua lagi penyandang DUN iaitu Datuk Seri Md Yunos Husin (Ayer Molek) dan Datuk Sazali Muhd Din (Paya Rumput) digugurkan.

Idris berkata 12 calon muka baharu ditampilkan BN pada kali ini antaranya Zali, Yunus Hitam (DUN Bukit Katil) dan Rahmad Mariman (DUN Ayer Molek); dan enam calon muda antaranya Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Abdul Razak Abdul Rahman yang akan bertanding di DUN Telok Mas.

Beliau berkata tiga calon wanita turut ditampilkan yang kesemuanya mempertahankan kawasan masing-masing iaitu Mas Ermieyati, Datuk Latipah Omar (DUN Taboh Naning) dan Datuk Norpipah Abdol (DUN Rembia).

Pada PRU14 di Melaka, UMNO bakal bertanding di 18 kawasan DUN dan empat Parlimen; MCA bertanding di lapan DUN dan dua Parlimen; MIC di satu DUN; dan Gerakan juga di satu DUN.-23/4/2018  *gambarfail

P134 Masjid Tanah - Datuk Mas Ermiyati Samsudin (UMNO)

N01 Kuala Linggi - Datuk Ismail Othman (UMNO)

N02 Tanjung Bidara - Datuk Md Rawi Mahmud (UMNO)

N03 Ayer Limau - Datuk Amirudin Yusop

N04 Lendu - Sulaiman Md Ali (UMNO)

N05 Taboh Naning - Datuk Latipah Omar (UMNO)

P135 Alor Gajah - Wong Nai Chee (MCA)

N06 Rembia - Datuk Norpipah Abdol (UMNO)

N07 Gadek - P. Panirchelvam (MIC)

08 Machap Jaya (Machap) - Koh Nao Kwong (MCA)

N09 Durian Tunggal - Datuk Ab Wahab Ab Latip (UMNO)

N10 Asahan - Datuk Abdul Ghafar Atan (UMNO)

P136 Tangga Batu - Datuk Zali Mat Yassin (UMNO)

N11 Sungai Udang - Datuk Seri Idris Haron (UMNO)

N12 Pantai Kundor - Nor Azman Hassan (UMNO)

N13 Paya Rumput - Datuk dr Abu Bakar Mohamad Diah (UMNO)

N.14 Kelebang - Datuk Lim Ban Hong (MCA)

P.137 Hang Tuah Jaya (Bukit Katil) - Tan Sri Mohd Ali Rustam (UMNO)

N.15 Pengkalan Batu (Bachang) - Chua Lian Chye (GERAKAN)

N.16 Ayer Keroh - Chua Kheng Hwa (MCA)

N.17 Bukit Katil (Bukit Baru) - Yunus Hitam (UMNO)

N.18 Ayer Molek - Rahmad Mariman (UMNO)

P138 Kota Melaka - hoo Wei Sern (MCA)

N19 Kesidang - Ng Choon Koon (MCA)

N20 Kota Laksamana - Melvin Chua Kew Wei (MCA)

N21 Duyong - Lee Kiat Lee (MCA)

N22 Bandar Hilir - Lee Chong Leng (MCA)

N23 Telok Mas - Abdul Razak Abdul Rahman (UMNO)

P139 Jasin - Datuk Seri Ahmad Hamzah (UMNO)

N24 Bemban - Koh Chin Han (MCA)

N25 Rim - Datuk Ghazale Muhamad (UMNO)

N26 Serkam - Datuk Zaidi Atan (UMNO)

N27 Merlimau - Datuk Roslan Ahmad (UMNO)

N28 Sungai Rambai - Datuk Hasan Abd Rahman (UMNO)

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 405  tetamu dalam talian