20Januari2018

Kes terowong laut...SPRM buat serbuan lagi

Siasatan SPRM makin hangat keatas kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang bila pada Jumaat ia membuat serbuan lanjut.Kali ini melibatkan sembilan lagi syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Semalam pada Khamis SPRM membuat serbuan keatas 12 lokasi juga di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memberitahu pada Jumaat mereka turut merakam percakapan lapan saksi, termasuk setiausaha, penasihat dan perunding syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan projek itu.

Menurutnya SPRM juga akan panggil beberapa individu penting dalam masa terdekat untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan kes ini.

Difahamkan tumpuan siasatan ialah terhadap bayaran RM305 juta bagi kajian kebolehlaksanaan projek itu.- 12/1/2018





SPRM teruskan siasatan projek terowong laut…ambil keterangan 12 orang

Selepas membuat serbuan ke beberapa lokasi di Pulau Pinang Selasa lalu dan menahan reman dua orang Datuk…pada Khamis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan keatas projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Dalam siasatan hari ini mereka ambil keterangan dari 12 orang terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian dan pengarah urusan sebuah syarikat.

Timbalan Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki setakat ini tiada tangkapan lain dibuat dan pasukan penyiasat kini dalam proses merakam percakapan saksi untuk memperoleh lebih maklumat berhubung projek terbabit.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada tangkapan lagi dan kita juga ada memperoleh maklumat baru melalui rakaman percakapan serta bukti yang diperoleh dalam proses siasatan ini," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau pasukan penyiasat telah mengunjungi beberapa pejabat di Komtar hari ini dan mengambil beberapa dokumen tambahan berhubung projek itu.

Katanya setakat ini pihak SPRM belum mengambil keterangan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana belum ada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini.

Selasa lalu, SPRM membuat serbuan di beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek terowong dasar laut itu susulan aduan dibuat Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Pada Rabu orang pegawai tinggi dua buah syarikat berlainan direman enam hari di Putrajaya dan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes itu.- 11/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 628  tetamu dalam talian