31Oktober2014

Kerajaan Pahang tawar tanah percuma untuk projek rumah mampu milik

adnan-yaakobxx
Kerajaan negeri Pahang menawarkan kawasan tanah secara percuma kepada pemaju dan sesiapa yang mampu serta berminat bagi melaksanakan projek rumah mampu milik di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata selain itu kerajaan negeri bersedia membantu menanggung kos infrastruktur dengan syarat rumah yang dibina berharga antara RM70,000 atau RM150,000 bergantung kepada daerah atau kawasan dengan margin keuntungan sebanyak 30 peratus.

"Rumah yang akan dibina itu apabila siap akan mengandungi tiga bilik tidur, dua tandas, ruang dapur dan tamu yang luas dan selesa dengan keutamaan diberikan kepada golongan mereka berpendapatan RM5,000 ke bawah.

"Kerajaan yakin hanya dengan membina rumah seumpama itu rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan dapat memiliki rumah sekaligus dapat mengatasi masalah perumahan rakyat di negeri ini," katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis gerak mesra dan pemimpin bersama rakyat Kampung Lebu dan Rancangan Kemajuan Tanah Kampung Lebu dekat Bentong petang Jumaat.

Adnan berkata empat projek seumpama itu telah dilaksanakan di Kuantan dan dua di daerah Lipis, manakala projek di daerah Cameron Highlands akan bermula tahun depan.

Katanya kerajaan negeri tidak meletakkan sebarang sasaran bagi pembinaan rumah tersebut, malah kerajaan akan membina seberapa banyak rumah mampu milik di negeri ini agar lebih ramai rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai berkata sehingga kini hutang tertunggak sewa rumah yang tidak dijelaskan rakyat meningkat kepada RM20 juta.

Beliau berharap mereka yang menyewa rumah dan mempunyai hutang tertunggak supaya menjelaskan hutang tersebut bagi membolehkan kerajaan melaksanakan lain-lain projek.-22/12/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 594  tetamu dalam talian