19Julai2018

Keghairahan dendam PH, memburukkan pentabiran BN takutkan pelabur

Keghairahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memburukkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu telah menakutkan pelabur.
 
Ini berdasarkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah susut lebih 100 mata sejak HARAPAN mentadbir negara manakala pelabur asing membawa dana mereka keluar daripada negara.
 
“Antara punca utama pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan BN dengan dakwaan hutang negara lebih RM1 trilion dan (pewujudan) Tabung Harapan (untuk membayar hutang negara),” kata Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam kenyataan Selasa.
 
Katanya lagi, antara pihak yang terkesan dengan kemerosotan pasaran saham adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
 
Memetik laporan The Edge, ia berkata pelaburan KWSP dalam sepuluh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia telah merosot sebanyak 12 peratus atau RM6.09 bilion.
 
Sepuluh saham utama merekodkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP dalam tempoh sebulan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.
 
“Justeru UMNO melahirkan kebimbangan dan memberi amaran, jika aliran menurun di Bursa Malaysia ketika ini berterusan untuk tempoh yang lama, ia bukan saja akan menjejaskan prestasi syarikat pengurus dana seperti KWSP, malah akan turut menjejaskan keupayaannya memberi dividen pada masa akan datang,” katanya.
 
Selain itu,swktor pembinaan adalah yang paling teruk susulan kajian semula Kerajaan PH mengenai projek infrastruktur mega iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan laluan ketiga mass transit (MRT3).
 
Sehubunga itu, PH perlu meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar berhenti memberi gambaran buruk kepada ekonomi negara.
 
“Apa kebaikannya mengatakan kepada pelabur luar negara bahawa ekonomi negara bankrap?”Pelabur luar negara akan takut datang melabur dan yang sudah melabur sudah pasti mahu keluar dari Malaysia,”.
 
“Apakah kerana terlalu gelojoh memperkenalkan pembaharuan yang kebanyakannya bermotifkan balas dendam,  kepimpinan PH sanggup memperjudikan kestabilan ekonomi negara dan kantung pendapatan rakyat?  Oleh kerana terlalu sibuk membongkar kesalahan BN,  Kerajaan PH sebaliknya meminggirkan pendekatan untuk mensejahterakan rakyat dan negara,”ujar kenyataan itu lagi.
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 563  tetamu dalam talian