26April2018

Kedai roti lingkup tutup pun salahkan PM…

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sebut nama kedai roti itu.Namun siapa saja yang baca berita ‘hu ha’ mengenai kedai roti The Loaf  tentu tahu apa ceritanya.
 
Lawak sikit tentang kisah kedai roti ini ialah ia Tun Dr Mahathir Mohamad diketahui salah seoang pemegang saham utama tetapi pada awalnya timbul kisah kedai nak tutup tak mengaku ada kena mengena dengannya.
 
Kemudiannya bekas Perdana Menteri ini dilapor mengaku nak jual perniagaan itu tetapi dakwa bakal pembeli merungut kena bayar cukai yang banyak kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri.
 
Bercakap dalam himpunan Himpunan Saya Anak MARA bersama sekitar 5,000 orang di Subang Ahad Perdana Menteri membangkitkan mengenai gelagat puak pembangkang yang asyik semua nak salahkan kerajaan.
 
Tanpa sebut nama Dr Mahathir...Perdana Menteri kata isu kerugian RM31 billion urusniaga forex Bank Negara salahkan orang lain,Maminco,isu saham MAS,masalah Proton pun begitu.
 
“Terbaru kedai roti lingkup nak tutup pun salah Perdana Menteri…tak masuk akal…cukuplah politik macam ini,” katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.
 
“Letaklah keyakinan kepada BN. Sebagai perdana menteri, saya akan bekerja keras dan meletakkan Malaysia setanding dengan negara terkemuka dunia,” kata Najib.
 
Pada ucapan itu Perdana Menteri menegaskan MARA akan terus wujud sebagai institusi kebanggaan Melayu dan Bumiputera selagi di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
 
Perdana menteri berkata kewujudan MARA hari ini adalah kerana dasar dan perjuangan kerajaan yang secara berterusan menjaga kebajikan dan hal ehwal institusi tersebut demi masa depan orang Melayu dan Bumiputera.
 
"Kewujudan MARA dekat di hati saya kerana pengasas MARA sendiri adalah bapa saya, (perdana menteri kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein). Maka pada saya, kesinambungan perjuangan terdahulu perlu dan akan diteruskan," katanya.
 
Hadir sama Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin , Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat) Datuk Rizal Mansor dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
 
Kata Najib, MARA juga diyakini akan terus 'dijaga' UMNO dan BN kerana kewujudan institusi tersebut ada kaitan dengan perlembagaan parti itu sendiri.
 
Sudah tertulis dengan jelas dalam fasal parti, bahawa hak Melayu dan Bumiputera akan diperjuang. Maka, MARA adalah badan yang penting dalam merealisasikan perjuangan itu, katanya.
 
Selain itu, katanya dasar Bumiputera dan agenda pemerkasaan Melayu termasuk ekonomi adalah agenda nasional dan kerana itu, MARA akan terus menjadi kebanggaan negara.
 
Perdana menteri menarik perhatian, jika MARA tergelincir dalam landasan perjuangan, pastinya jutaan anak-anak kelahiran MARA termasuk yang memegang jawatan penting dalam UMNO dan BN tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku.
 
Beliau turut memberi gambaran bahawa situasi yang dinikmati MARA ketika ini tidak akan berlaku jika "pihak sebelah sana" yang menjadi kerajaan.
 
"Situasi berbeza dengan sebelah sana (pembangkang). Jika ada yang tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia, pasti mereka akan lakukan sesuatu.
 
"Kerana itu, adalah sangat penting untuk kita memastikan tsunami Melayu tidak akan berlaku seperti apa yang cuba dilakukan mereka.
 
"Saya percaya, sokongan daripada orang Melayu dan Bumiputera akan terus memberi keyakinan kepada UMNO dan BN. Ini sahaja yang boleh menjamin masa depan kita," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.
 
Justeru, perdana menteri menyeru seluruh rakyat, khususnya anak-anak kelahiran MARA agar tidak melayan atau terpengaruh dengan pujuk rayu kem sebelah sana' atau pembangkang yang berterusan menyalahkan kerajaan dalam apa sahaja situasi sekalipun.-  15/4/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 982  tetamu dalam talian