18Ogos2018

Kecoh pasal ‘gangster’, MP DAP Ram Karpal orang pertama diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat

Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pecah rekod sebagai Ahli Perlimen pertama diarahkan keluar daripada sidang Dewan Rakyat pada sesi pertama dibawah kerajaan Pakatan Harapan.

Ini berlaku setelah sesi sidang sambung selepas rehat makan tengahari bila beliau engkar arahan Speaker Dewan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.
 
Terdahulu, Mohamad Ariff membuat ruling mengarahkan Ramkarpal dan ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menarik balik penggunaan perkataan gangster atau samseng yang telah menimbulkan kekecohan selama lebih setengah jam ketika persidangan sesi pagi.
 
“Semuanya berkisar kepada perkataan samseng. Jadi untuk memendekkan masa supaya kita dapat mendengar Sungai Petani (Datuk Johari Abdul) yang sudah sedia untuk terus berhujah, saya sebagai Speaker membuat keputusan kedua-dua pihak hendaklah tarik balik penggunaan perkataan samseng.
 
“Kalau tidak saya gunakan aturan 44(2) pada kedua-dua belah pihak. Ini perkara kecil sahaja yang berhormat, boleh kita bersikap mature sikit lah,” katanya.
 
Namun begitu Ramkarpal tetap berdegil dengan arahan tersebut dan enggan menarik semula kata-katanya serta terus berhujah mempertahankan tindakannya itu.
 
“Saya minta maaf, saya tidak boleh (tarik balik),” tegas Ramkarpal.
 
Disebabkan kedegilannya itu, Mohamad Ariff kemudian mengarahkan bentara untuk menjalankan tugasnya membawa keluar Ramkarpal.
 
“Ok fine, if that is your stand, bentara sila jalankan tugas,” arah Mohamad Ariff.
 
Bung Moktar pula menuruti arahan Speaker dan menarik balik perkataan tersebut.
 
Kekecohan bermula ketika Johari sedang membahaskan ucapan diraja pada sesi pagi persidangan apabila Ramkarpal menuduh Pemuda UMNO sebagai samseng kerana mengepung bekas ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh pada tahun 2009. -18/7/2018
 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 446  tetamu dalam talian