KEMASKINI : Setelah hampir 24 jam berlalu pertemuannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu keselamatan Israel dalam Wall Street Journal...baru Datuk Aziz Nik Mat mengeluarkan satu kenyataan rasmi Rabu.
Beliau nampaknya amat berhati-hati main ayat dalam kenyataan lapan perenggan itu yang diemail kepada media pagi Rabu yakni lebih nak tegaskan PAS tidak mengadai prinsipnya mengenai Palestin dalam pakatan pembangkang.
Nik Aziz adakan pertemuan dengan Anwar di PNB Darby Park di Kuala Lumpur hampir sejam bermula sekitar 9.15 pagi Selasa.
Dalam kenyataan itu Musyridul Am PAS itu tidak menyebut samaada beliau ' terima ' atau ' puashati ' dengan penjelasan Anwar.Beliau cuma kata ' memahami' penjelasan Anwar.
Nik Aziz mengulangi pendirian PAS adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.
Katanya terserah pada Anwar untuk terima pendirian PAS ini.
Dan dipercayai untuk cover line tunjuk hubungan dengan Anwar tidak retak beliau kata, " Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Nik Aziz Nik Mat :
DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL
Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.
Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.
Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.
Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.
Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.
Pertemuan dengan Anwar : Nik Aziz belum kata 'puashati'...
Isunya serius...namun tunggu punya tunggu hingga berita ini ditulis 10.30 malam Selasa,satu kenyataan penuh baik dari Datuk Nik Aziz maupun PAS mengenai pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu keselamatan Israel tidak juga muncul.
Sebaliknya Musyridul Am PAS itu hanya sentuh secara ringkas saja mengenai pertemuannya pada sebelah pagi itu dalam facebooknya pada waktu petang.
Anihnya beliau tidak langsung sebut samaada puashati ke tidak dengan penjelasan yang diberikan oleh Anwar semasa pertemuan hampir sejam di PNB Darby Park,Kuala Lumpur itu.
Sebaliknya menegaskan walaupun pandangan berbeza dengan pihak lain,PAS tetap tidak iktiraf Israel.
"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.
"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya.
Dalam posting awalnya selepas bertemu Anwar, Nik Aziz kata satu kenyataan akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi.
Apakah itu saja kenyataannya?
Semua orang hendak tau apakah beliau yang sebelum ini beri kata dua pada Anwar tarik balik kenyataan pada Wall Street Journal mengenai keselamatan Israel atau saman akhbar itu, puashati atau tidak penjelasan yang Anwar beri.
Anwar yang ditemui wartawan selepas pertemuan itu dakwa Nik Aziz dengar dan faham pendiriannya.
Dengar dan faham tidak bererti puashati.-21/2/2012
Anwar jumpa Nik Aziz pagi Selasa...kata tak akan saman Wall Street Journal
Musyridul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak jumpa wartawan selepas pertemuan hampir sejam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pagi Selasa.Namun Ketua Umum PKR itu yang bercakap dengan wartawan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu faham dan terima penjelasannya kenyataannya mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Katanya beliau tidak akan saman WSJ kerana laporan akhbar itu mengenai kenyataannya itu tidak silap.
Anwar seperti biasa mendakwa media yang dikuasai UMNO yang buat laporan tidak lengkap mengenainya.
Hadir sama dalam pertemuan yang bermula sejurus Anwar tiba di apartmen PNB Darby Park,Jalan Binjai, jam 9.15 pagi ialah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Anwar juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa apa yang dinyatakan pada WSJ mengandongi perkataan "contingents" yakni syarat-syarat perlu bagi pembebasan Palestin.
Katanya syarat itu ialah pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.
Dakwa Anwar pendiriannya adalah selari dengan pihak Hamas dan Fatah.
"Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian PAS yang tegas tentang Israel," kata Anwar.
Namun apa yang agak menghairan kalangan wartawan yang menunggu hasil pertemuan itu ialah kenapa Nik Aziz sendiri tidak mahu bercakap dengan wartawan dan Tuan Ibrahim juga tidak beri reaksi segera.
Menurut posting (waktu tengahari Selasa) di laman facebook Nik Aziz satu kenyataan akan dkeluarkan dalam sedikit masa lagi.Gambar diatas juga dari laman facebook beliau.
Soalnya apakah ini kerana PAS 'sangkut' dengan pendiriannya yang berbeza dengan PKR mengenai kewujudan Israel dan perlu mengambil masa untuk memikir ayat-syat yang sesuai terlebih dahulu untuk mengulas hasil pertemuan itu. - LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL - 21/2/2012
Israel: Anwar jumpa Nik Aziz pagi Selasa
Apa cerita pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal isu kenyataan Ketua Umum PKR itu mengenai keselamatan Israel kena tunggu pagi Selasa.
Mereka dikatakan dijadual bertemu di sebuah hotel dekat ibupejabat PNB ,Jalan Tun Razak Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.
Apapun sehingga berita ini ditulis jam 10 malam tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PAS mahupun PKR mengenai lokasi dan waktu.
Ia hanya hasil pertukaran maklumat kalangan wartawan sahaja.
Ada yang hairan mengapa keduanya nampak agak nak berahsia sangat tentang pertemuan itu.
"Kalau tidak..selipar hilang pun cepat-cepat nak buat sidang akhbar," kata seorang wartawan.
Sepanjang Isnin ,para wartawan dan jurugambar tercari-cari dan tertanya sana sini kerana asalnya pertemuan itu dikatakan akan diadakan hari ini.
Semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipetik beritahu pertemuan itu akan berlangsung Isnin malam.
Ramai yang ternanti-nanti nak tengok apa pula drama kali ini setelah Anwar mempertahankan kenyataannya di akhbar Wall Street Journal sebagai selari dengan pendirian beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi.
Beliau mengakui PKR berbeza pendirian dengan PAS mengenai Israel.PAS anggap kewujudan Israel haram.
Nik Aziz dan Majlis Syura PAS sebelum ini mahu Anwar tarik balik kenyataannya atau saman WSJ jika akhbar itu salah lapor kenyataannya itu.
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai pertemuan Anwar-Nik Aziz masa sidang akhbarnya di ibupejabat PAS mengesahkan pertemuan akan berlangsung Selasa.
Namun beliau tidak dapat memaklumkan masa dan tempat pertemuan itu.
Menjawab soalan apakah yang akan dilakukan Pas sekiranya Anwar tidak menarik balik kenyataan sokongan itu, Mahfuz berkata: "Itu kita tunggu hasil pertemuan mereka besok".- 20/2/2012
Isu kenyataan Anwar mengenai keselamatan Israel tidak akan pecahkan pakatan pembangkang-Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu kenyataan Datuk Serii Anwar Ibrahim mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal tidak akan memecahkan pakatan pembangkang kerana pakatan itu lebih utama dari Islam.
"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Melaka Sabtu. ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, Jumaat, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian PKR.
"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz "katanya .
"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.,"tambahnya.-18/2/2012
Israel: Anwar 'buat lawak' lagi...anggap kata dua Nik Aziz LEMBUT DAN SOPAN
Harap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak marah kalau kita nobatkan beliau sebagai Maharaja Lawak minggu ini.
Ini kerana ramai yang gelak sampai naik bengong apabila membaca komentar terbarunya mengenai kata dua Datuk Nik Aziz Nik Mat fasal isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.
Anwar sifatkan kata dua Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."
Ketua Pembangkang itu guna ayat itu semasa ditemui wartawan selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya pagi Khamis.
Bab beliau nak tunjuk Nik Aziz begitu sayang dan manja padanya satu hal.
Lawak besar di sini apabila beliau kata 'UMNO memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin."
Kalau kita baca balik berita Wall Street Journal, akhbar itu tulis sebiji.terang dan jelas : "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar.
Kata-kata itu yang membuatkan ramai yang marah. Beliau nampaknya terbelit simpul mati dengan ayat nak sokong semua usaha untuk lindungi keselamatan negara Israel.
Soalnya di mana yang UMNO potong kenyataannya?
Kalau betul Wall Street Journal silap lapor kenyataannya...kenapa takut sangat nak cakap akhbar itu salah?
Atau seperti kata Nik Aziz saman saja akhbar itu kerana salah lapor.
Soalnya apa kena mengena UMNO dengan kenyataan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," kerana itulah yang dipetik akhbar berkenaan dari kata-katanya sendiri.
Tidak ada ayat lain ditulis selepas ayat yang kontroversial itu kecuali....although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
Isunya di sini ialah kenyataan Anwar sebiji disebut kata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".
Ini yang Anwar sedang bersilat sakan sekarang...dan seperti biasa tidak menghairankan UMNO jadi kambing hitam untuk lepas tengkoknya.
Semua orang nampak dalam isu ini tidak ada jalan depan ..tidak ada jalan belakang kecuali tarik balik atau saman saja.
Andaiannya ialah kalau Anwar tarik balik jelas bermaksud beliau mengaku ada kata ayat itu...dan kalau saman pula tentu nanti timbul masalah dalam hubungan dengan akhbar itu.
Kata Anwar beliau nak jumpa Nik Aziz Isnin ini.
"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya.
"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok , Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.
Siapa tahu Musyridul Am PAS itu akan cair dan berlinang air mata mendengar ayat belai manja Anwar dan anggap kenyataannya yang menguris hati itu "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," - cuma satu senda gurau lawak jenaka seorang Maharaja Lawak.-16/2/2012 - OLEH ROSLI ISMAIL
BERIKUT IALAH LAPORAN AKHBAR THE WALL STREET JOURNAL YANG MENGANDONGI KENYATAAN ANWAR MENGENAI KESELAMATAN ISRAEL
Malaysia's Anwar Presses On Despite Appeal
By SHIBANI MAHTANI
KUALA LUMPUR—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he isn't worried about state prosecutors' move to appeal a court decision acquitting him of sodomy earlier this month, and said he remains confident it won't derail his campaign to lead a new government to power in elections expected later this year.
"The judgment [in the sodomy case] was very strong" and "difficult to appeal," Mr. Anwar said in an interview with The Wall Street Journal at his political party's headquarters here Thursday. He said the appeal process, which began Jan. 20, would likely take at least six months, meaning it could loom over and outlast the election campaign.
Prime Minister Najib Razak has to call an election by March 2013, but under Malaysia's parliamentary system of government, many analysts predict it will be called much sooner, triggering one of the most fiercely fought electoral contests this resource-rich nation has ever seen. Mr. Anwar said he believes the election is unlikely to take place later than June.
Since the Jan. 9 verdict by a High Court judge—who acquitted Mr. Anwar of violating Malaysia's strict sodomy laws citing a lack of witnesses and flawed DNA evidence—the 64-year-old opposition leader has begun mobilizing support in this multiracial country, promising reforms to dismantle a decades-old affirmative-action program designed to give a leg up to the majority ethnic-Malay population while also targeting what he describes as widespread cronyism in Mr. Najib's government. If elected, Mr. Anwar said he will accelerate privatizations and do more to enable free markets to operate more efficiently, such as improving transparency in the bidding for government contracts.
Mr. Najib, 58 years old, is also keen to brand himself a reformer in part to win back ethnic-Chinese and Indian voters who in recent years largely have thrown their support behind Mr. Anwar's opposition alliance. Mr. Najib has also embarked on a series of sales of government assets to spur growth. Earlier this month, a government state investment fund sold its stake in car marker Proton Holdings Bhd. to conglomerate DRB-Hicom Bhd., and last year government-linked funds swapped shares in state-run Malaysian Airline System Bhd. with budget airline AirAsia Bhd.
"The overall principle is that we want the government-linked companies to sell off their noncore and noncompetitive assets," Mr. Najib said in an interview two weeks ago. "We are always looking out for how to add value to the country."
Mr. Anwar, though, criticized the way Mr. Najib's government pursued these privatizations, saying that without open, public tenders, key companies remain controlled by a well-connected few.
Privatization "looks good, but look again at the procedures," said Mr. Anwar. "The issue is not about privatization, it is blatant corruption."
Following the Proton deal, state investment fund Khazanah Nasional said in a statement that it chose the best suitor for the job and the country.
A Malaysian government spokesperson said Thursday the government is "fully committed to openness and transparency in all privatizations and divestments of state-owned assets and to tackling corruption wherever and whenever it is found." The spokesperson noted that Malaysia has introduced a new online database of government contracts so that anybody can alert authorities to any potentially improper actions.
"We are determined to ensure that all government contracts are awarded through a process that is fair and open to scrutiny," the spokesperson said.
After being embroiled in the sodomy trial—which he claims was politically motivated—Mr. Anwar is now shifting gears from defending his reputation to fighting to win an election.
Once a high-ranking member of the United Malays National Organization that has run Malaysia since independence from Britain in 1957, he was sacked from the party and lost his post as deputy prime minister after challenging former leader Mahathir Mohamad in the 1990s. He was subsequently charged for sodomizing his driver and his speechwriter, and spent six years in prison before his conviction was overturned.
After leading the opposition to one of its strongest-ever showings in 2008's national elections, Mr. Anwar was accused by former aide Saiful Bukhari Azlan of sodomizing him, setting in train another marathon, headline-stealing trial which Mr. Anwar again said was designed to end his political career. Mr. Najib and his government have repeatedly denied having anything to do with the case.
Now, after Judge Zabidin Diah acquitted Mr. Anwar, ruling that the forensic evidence presented against the opposition leader was flawed, Mr. Anwar argues that he isn't just "anti-UMNO" but has his own set of policies geared toward restoring Malaysia's competitiveness in a global economy where countries such as Vietnam and Indonesia are emerging as alternative magnets for investment.
"We must always compare Malaysia to Singapore, South Korea and Taiwan," said Mr. Anwar. "That's what we were."
If elected, Mr. Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays.
In the interview, Mr. Anwar also clarified his position on homosexual rights and Malaysia's sodomy laws, and also the Muslim-majority nation's relationship with Israel.
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
In response to recent local reports that he supported gay marriage, Mr. Anwar said they were wrong and that he "believes in and supports the sanctity of marriage between men and women." The opposition leader is suing government-linked newspaper Utusan Malaysia for defamation, alleging that it implied he supports and wants to legalize homosexuality.
Still, Mr. Anwar said that Malaysia's sodomy laws are "archaic" and could be amended.
"It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation," he said.
Israel: 'kata dua' Nik Aziz pada Anwar sudah jadi bahan lawak
KEMASKINI : Ada cakap-cakap lawak sedang berlegar kata silap haribulan nanti Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kena tarik balik 'kata dua' beliau pada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tarik balik kenyataan mengenai keselamatan Israel atau saman Wall Street Journal jika akhbar itu silap lapor.
Tanda-tanda pada kemungkinan itu sudah ada di depan mata.
Ini bila melihat gelagat Anwar 'buat kering' saja tidak memberi sebarang kenyataan segera menjawab kata dua Nik Aziz itu.
Sekalipun Selasa beliau berada di Bangkok,itu dikatakan bukan halangan untuk menjawabnya.
Dalam pada itu kalangan pemerhati melihat kata dua' Musyridul Am PAS itu sudah jadi macam 'main-main' saja bila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi kata PAS tidak boleh buat apa-apa jika Anwar tidak penuhi permintaan itu.
Mat Sabu menilai kenyataan Anwar mengenai keselamatan Israel adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.
"PAS tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian,"katanya.
Beliau relaks saja kata apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat hubungan antara parti yang ada dalam pakatan pembangkang, malah PAS masih tetap bersama.
Nasrudin pula berkata," sekiranya Anwar enggan tarik balik atau menyaman WSJ. Apa boleh buat. Terpulang kepada beliau. Anwar bukan ahli PAS untuk diambil tindakan disiplin."
Setakat ini juga tidak pasti samaada Anwar sendiri hendak buat ke tidak penjelasan terbuka mengenai isu itu seperti yang diminta oleh Nik Aziz.
Ketua Pembangkang itu ada menyentuh sikit hal berkenaan semasa majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di Bangkok, malam Selasa.
Katanya Anwar beliau akan menemui pemimpin PAS itu untuk menerangkan perkara berkenaan apabila pulang nanti.
Sementara itu Timbalan Presisden PKR Azmin Ali yang ditemui wartawan selepas beliau memberi keterangan polis mengenai Himpunan 901 di Balai Polis Kepong pagi Rabu mengesahkan Anwar hendak jumpa sendiri Nik Aziz untuk bagi penjelasan.
Nik Aziz kata Selasa beliau tidak kisah kalau Anwar hendak jumpanya tetapi mahu penjelasan terbuka dibuat mengenai hal ini kerana kenyataan Anwar dilaporkan terbuka oleh WSJ.-15/2/2012
Israel: Nik Aziz mahu penjelasan terbuka...belum ada kenyataan Anwar...twitternya pun tak sentuh langsung isu itu
KEMASKINI: Sehingga jam 10.30 pagi Rabu...apabila berita ini yang ditulis petang Selasa dikemaskini, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap kata dua Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Syura PAS mengenai isu kenyataannya tentang keselamatan Israel di akhbar Asia Wall Street Journal.Kalau nak kira ia sesiatu yang straightfoward sahaja...antara ya atau tidak yakni nak tarik balik kenyataan atau saman akhbar itu jika salah lapor.
Dari twitter Anwar jam 5.15 petang Selasa menyebut beliau berada di Bangkok dalam sedang ditemuramah oleh sebuah stesyen televisten Thai di situ.Peliknya twitter beliau biasanya 'cukup rajin' komen hal-hal yang melibatkan dirinya atau parti. Namun setakat 10.30 pagi Rabu isu kata dua Nik Aziz itu tidak disentuh langsung.
Juga biasanya Anwar akan memberi reaksi segera atas sesuatu isu serius melibatkan dirinya..apa lagi ini kata dua dari PAS.
Sementara di ibupejabat PKR pula, dilaporkan para pemimpin utama parti sedang brainstorm untuk menyiapkan satu jawapan rasmi mengenainya.
Ada juga laporan kata Anwar hendak jumpa Nik Aziz sendiri untuk jelaskan kenyataan mengenai keselamatan Israel itu.
Dalam pada itu bercakap kepada wartawan di Kota Bharu Selasa, Nik Aziz mahu Anwar membuat penjelasan terbuka mengenainya.
Katanya ini kerana kenyataan Anwar itu disiarkan secara terbuka oleh akhbar Asia Wall Street Journal.
Nik Aziz juga kata tidak kisah kalau Anwar hendak jumpa.
PAS patut keluar PR
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, adalah lebih baik PAS keluar dari Pakatan Rakyat – yang dianggotai PAS-PKR-DAP daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal.
"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan.
Menurutnya, PAS perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.
Beliau berkata isu penindasan Israel bukan hanya melibatkan orang Islam semata-mata tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, yang juga kehilangan tanah, harta benda dan orang yang mereka sayangi.
Mohd Shafie berkata Barisan Nasional konsisten dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel.-14/2/2012
Kata dua PAS pada Anwar, tarik balik kenyataan sokong Israel atau saman WSJ
Kenyataan media lewat malam Isnin oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat macam 'penampar' ke muka Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika selama ini Anwar boleh mengelak untuk berdepan dengan isu sokongan terbuka beliau kepada Israel, dengan kata dua Nik Aziz ini, dia tak boleh 'lari-lari' lagi.
Nik Aziz dalam kenyataannya berkata selaku Mursyidul Am PAS dan dengan persetujuan oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.
"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Aziz.Anwar dalam satu temubual dengan akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari berkata beliau menyokong penuh usaha menjaga keselamatan Israel sebagai sebuah negara.
"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin," Kata-kata Anwar yang dipetik oleh Wall Street Journal.
Kenyataan Anwar itu dilihat banyak pihak sebagai usaha nak 'please' Amerika Syarikat dan sekutunya bagi membolehkan Anwar jadi Perdana Menteri. Cakap-cakap dikalangan penyokong Anwar sebelum ini kata, tanpa sokongan Amerika tidak akan berlaku perubahan kerajaan di Malaysia.
Bagaimanapun reaksi orang ramai terhadap pendirian Anwar itu mungkin menyebabkan PAS terpaksa membuat pendirian yang lebih tegas dalam isu tersebut.
Menyokong Israel bagi PAS selama ini adalah satu dosa besar, dan kata Nik Aziz dalam kenyataannya, PAS mengulangi pendirian sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa.
PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
"Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia," katanya.
Mengulas lanjut, kata Nik Aziz, wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis," katanya.
Menurut beliau, keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.
"Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.-13/2/2012
Kami siarkan sepenuhnya kenyataan Nik Aziz seperti di bawah...
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







