Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Tiada keperluan untuk polis dedah pelaku video seks - Timbalan KPN

Tiada keperluan untuk polis dedah pelaku video seks - Timbalan KPN

  • PDF

video-zx Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Menurut Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keslahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di Johor Bharu Rabu.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Bernama melaporkan beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Mengenai sesi pencambahan minda hari ini, beliau berkata, ia merupakan usaha kontinjen Polis Johor berbincang untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya, tahun ini Polis Johor telah berjaya mengurangkan sebanyak 20 peratus kadar jenayah di kawasan-kawasan panas negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Polis Johor yang telah mewujudkan 25 pondok khas polis di kawasan panas sekitar Johor Baharu dan Iskandar Malaysia, merancang untuk menambah 25 lagi pondok khas bagi membanteras jenayah, kata beliau.-18/5/2011

 

 


Kalau dah video itu sahih…lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah-Timbalan Ketua Polis Negara

 

video_seks_anwar_ibrahimxxAnalisis kedua video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum  PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh pakar luar negara telah mengukuhkan penemuan pakar tempatan sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu demikian  dalam satu sidang media di Bukit Aman Jumaat ketika menjawab soalan wartawan mengenai perkembangan siasatan kes video seks itu.LIHAT VIDEO PENUH KENYATAAN BELIAU DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY.

"Polis telah terima laporan pakar luar dan ia mengukuhkan keterangan pakar tempatan mengenai kesahihan video tersebut,"katanya.

alt

Ditanya mengenai apakah polis akan mendedahkan siapakah pelaku dalam video tersebut, kata Khalid, polis telah kenal pasti siapa dia, tetapi tidak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkannya.

Namun Timbalan Ketua Polis Negara itu menambah bila ada keperluan undang-undang kemudian hari ia akan dihebahkan.

"Apa yang saya boleh katakan, kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah," katanya berjenaka ketika menjawab satu soalan lain.

Mengulas mengenai apakah Trio Datuk T akan didakwa, kata Khalid, polis hanya menjalankan siasatan, soal pendakwaan terpulang kepada Pejabat Peguam Negara.

Ditanya apakah jika terbukti Anwar pelaku dalam video seks tersebut, apakah beliau boleh didakwa membuat laporan polis palsu, kata Khalid "Tengoklah nanti,".

Mengulas mengenai individu yang memuat naik rakaman video seks tersebut, Khalid berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab dalam memuat naik video berkenaan.

"Sebenarnya bukan mudah hendak mengesan orang yang memuat naik video tersebut di 'Youtube' sebab dia buat di luar negara, memang memakan masa untuk siasat dimana dia muat naik," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah tentang keluarganya yang menerima ugutan serta pemandu Anwar yang mendakwa keretanya telah dirosakkan, beliau berkata polis akan menyiasat segala laporan yang diterima dengan adil.

"Apa jua ancaman dan laporan akan dijalankan siasatan dengan seadil-adilnya tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik mereka," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.-13/5/2011- OLEH ROSLAN BIAN DAN HELME HANAFI


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.