Pergerakan Pemuda UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan menghantar memorandum bantahan terhadap kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat parti tersebut pada Jumaat.
Memorandum tersebut bagi mengutuk kenyataan Anwar yang menyokong "sepenuhnya" keselamatan Israel dalam satu temubual dengan akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Agendadaily dimaklumkan Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Fairdaud Megat Junid sendiri akan mengetuai perhimpunan aman dan penyerahan memorandum tersebut jam 3.00 petang di Ibu Pejabat PKR Merchant Square, Tropicana, Damansara.
Sementara itu, Pemuda PAS juga akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jumaat bagi membantah tindakan tentera negara itu yang membuang dan membakar al-Quran di Afghanistan, baru-baru ini.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata tindakan membuang dan membakar al-Quran itu adalah tidak berperi kemanusiaan serta menghina agama Islam.
"Pemuda PASmengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, badan bukan kerajaan dan badan pelajar untuk turun bersama dalam himpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran.
"Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu bagi mempertahankan kesucian Islam daripada dihina dan dipersenda," katanya.-23/2/2012 *gambarhiasan
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







