31Ogos2014

Jempol: Janji manis siapa pulak ini...

aisyah-pas
Alamak, sebelum sempat nak rai dah timbul isu... ini kisah dari Jempol, kawasan yang mana ikut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan ditandingi oleh artis wanita yang join parti itu Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mat Sabu di Markas PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur macam comfirm, tapi kini muncul cerita lain, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa telah diumumkan sebagai calon PAS di Parlimen tersebut.

Atau dalam kata lain, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.

Ini kerana nama Mohd. Fairuz diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat Ahad lalu.

Mat Sabu juga hadir dalam majlis tersebut.

Bagaimanapun, malam tadi pula, nama Aisyah penyanyi lagu Janji Manismu pula diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen yang sama.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh PAS sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

"No comment, saya tak tahu apa-apa, tunggulah keputusan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang akan umumkan,"katanya dipetik Utusan.

Pada program Ahad lalu, Abd. Rahman turut memperkenalkan beberapa calon lain kepada media termasuk memberitahu beliau akan bertanding di DUN Serting, selain T. Kumar (Jeram Padang) dan Rebin Birhim (Palong).-4/4/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 683  tetamu dan tiada rakan dalam talian