14Disember2018

Jangan salah erti maksud UMNO-PAS ‘bercantum’

Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang mengajak PAS ‘bercantum’ tidak sewajarnya disalah-ertikan.
 
Jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, maksud sebenar  Zahid ialah ‘bergabung tenaga’ dan bukannya bergabung parti.
 
“Saya nak buat penjelasan, bila Zahid jemput PAS bergabung, ia bukan bermaksud bercantum, tetapi bekerjasama.
 
“Saya faham Wee Ka Siong mungkin bimbang dengan kenyataan Zahid, tetapi ia bergabung tenaga, bukan bergabung parti.
 
“Bergabung parti tu satu hal yang presiden tidak boleh cakap begitu sahaja, mesti merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) dan berbincang termasuklah dengan BN,” katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menyelar Zahid tidak memikirkan perasaan parti komponen BN kepada media di parlimen Rabu.
 
Menurut Ka Siong partinya akan memutuskan sama ada mahu terus bersama BN atau tidak pada 2 Disember ini.
 
Pada 17 November lalu Zahid secara terbuka mempelawa PAS untuk ‘bercantum’ dalam ucapannya di Himpunan Perpaduan Ummah di Pasir Salak.
 
Mengulas lanjut, Annuar menyifatkan penggabungan UMNO dan PAS dalam satu parti yang sama sebagai ‘kemungkinan yang sangat jauh’.
 
“Kalau nak bercakap soal bercantum, kemungkinan terdekat ialah antara UMNO dan Bersatu.
 
“Itu lebih semulajadi sifatnya, kerana keduanya parti yang berasaskan bumiputera-Melayu, dan kepimpinannya juga dari parti yang sama.
 
“Tapi untuk UMNO bergabung dengan PAS, bagi saya agak jauh (kemungkinannya), dan tidak strategik,” katanya lagi.- 21/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 537  tetamu dalam talian