21September2017

Jangan gadai masa depan pada Pakatan ‘yang tidak tahu siapa tauke’…PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minta rakyat Malaysia tidak gadai nasib dan masa depan mereka dengan Pakatan Harapan ‘ yang tidak tahu siapa tauke’.
 
Beliau menyifatkan pimpinan pakatan itu sebagai orang yang bercelaru kerana masing-masing mahu jawatan.
 
Katanya BN telah terbukti sebagai kerajaan yang kukuh dan stabil sejak 60 tahun lampau.
 
Menurutnya ini menjadikan BN dahan yang kukuh untuk rakyat bergantung harap.
 
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di depan lebih 30,000 yang hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2017 di Stadium Mini, Taman Sri Lambak dekat Keluang Sabtu malam.
 
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
 
Perdana Menteri kestabilan dan keamanan negara ini dibawah BN terbukti bila indeks keamaan dunia pada Jun lalu letak Malaysia ditangga 29 dari 163 buah negara seluruh dunia.
 
Malah Amerika sendiri berada ditangga 114.
 
Katanya tanpa keamanan dan kestabilan tidak ada apa yang boleh dibuat.
 
Najib berkata Johor telah menikmati kemajuan yang pesat seperti yang dilihat di Iskandar dan akan bertambah rancak bila sistem keretaapi laju Kuala Lumpur-Singapura siap kelak.- 15/7/2017


 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 862  tetamu dalam talian