22September2018

Jamal didenda RM400 kes pecah botol arak…

Jenuh punya lari sampai ke Indonesia hingga cetus pencarian yang mengundang perhatian ramai.Namun kes pertama terhadapnya tidaklah besar sangat.
 
Begitulah halnya dengan isu Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.
 
Mahkamah Majistret di Shah Alam pada Rabu mengenakan denda RM400 kerana melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tahun lalu.
 
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman memerintahkan Jamal dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda.
 
Jamal didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pintu pagar utama Bangunan SSAAS kira-kira pukul 10.15 pagi pada 5 Oktober 2017.
 
Selain dari kes ini,Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dijangka hadapi beberapa pertuduhan lain termasuk kes imigresen.- 11/7/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 531  tetamu dalam talian