17Januari2018

Isu teksi-Grab/Uber : Tak perlu ugut, kita tak takut ia boleh dibincang - TPM

Pemandu teksi tidak perlu membuat sebarang ugutan untuk menyokong PH jika kerajaan terus memberi peluang kepada perkhidmatan teksi UBER dan GRAB.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya berhubung isu ini supaya pemandu teksi tidak ditindas seperti yang didakwa.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Mock Cheque kepada PEMADAM pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Timbalan Menteri II Datuk Masir Kujat

“Saya akan minta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk bertemu dengan mereka, bersekali dengan Datuk Seri Nancy Shukri bertemu dengan mereka untuk selesaikan masalah.

“Tak perlu ugutan, kita tak takut dengan sebarang ugutan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai respon daripada keluhan pemandu teksi tentang persaingan yang terpaksa dihadapi dengan perkhidmatan ‘e-panggilan’ iaitu UBER dan GRAB.

Bagi mengawal keadaan itu, baru-baru ini dua Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam dan Perdagangan diluluskan di Dewan

Rakyat iaitu RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Dengan lulusnya pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat itu memberikan kerajaan kuasa untuk mengawal selia syarikat “e-panggilan” (e-hailing) seperti Uber dan Grab. 11/1/2018 - Oleh NUR ASLINDA NASIR

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 710  tetamu dalam talian