Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Begitu halnya dengan riuh rendah yang cuba dicetuskan oleh budak-budak PKR dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka kalut terhendap sana sini untuk cari apa saja yang dapat balon kerajaan tanpa mempedulikan fakta dan kisah benar.
Ini lebih-lebih lagi bos besar mereka sedang berserabut bergelumang dengan isu video seks dan perbicaraan kes liwat.
Sasaran dalam isu NFC tidak lain tidak bukan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.
Harapan mereka jentera Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kempen jadi lintang pukang jika Shahrizat dapat dilumpuhkan.
Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily strategi mereka kini ialah lanyak dulu, janji dapat wujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan…lain hal belakang kira.
Maka kita dapat lihat akhbar lidah rasmi PKR yang digantung di kedai–kedai terpampang dengan tajuk untuk menyakitkan hati orangramai – lembu dan kondo mewah.
Terbaru dengar cerita budak-budak PKR yang galak main isu NFC sudah jadi makin kelamkabut apabila pengurusan NFC membawa media arus perdana melawat ladang fidlot di Gemas Khamis.
Penjelasan terperinci mengenainya sudah diberi oleh Dr Mohamad Salleh pada media semasa lawatan itu.
Malah peguam NFC, Datuk Shafie Abdullah sudah senaraikan sembilan tuduhan tidak berasas dibuat oleh budak-budak PKR yang boleh disaman.
Kini sudah makin jelas isu pembelian kondo mewah yang cuba diputar oleh budak-budak PKR, ialah pelaburan sementara – yang disifatkan oleh Dr Mohamad Salleh ‘satu keputusan perniagaan yang bijak’
Itulah nampak lojiknya dari letak duit pinjaman kerajaan untuk projek fidlot itu yang belum dapat digunakan lagi dalam simpanan tetap di bank ia mendapat pulangan tahunan yang lebih besar dengan melaburkan beli dua unit kondo mewah.
Budak-budak PKR cuba menyakitkan hati orangramai dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam pembelian kondo di Bangsar itu tanpa mempedulikan rasional perniagaan sebaliknya.
Usaha mereka untuk mengaitkan Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafiqe kononnya ‘dapat free’ lembu dari NFC juga kantoi.
Shaziman kata beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan lembu dari NFC, malah berterima kasih jika benar, kerana ia merupakan sumbangan kepada orang miskin.
Pegawai kepada Zulhasnan pula menjelaskan mereka bukan dapat percuma tetapi telah menjelaskan bayaran untuk lembu-lembu berkenaan.
Dr Mohamad Salleh sendiri telah menjelaskan projek fidlot berkenaan bukan gagal seperti didakwa. Beliau mengakui memang ada masalah di peringkat awal kerana pelbagai masalah teknikal.
Namun katanya NFC baru beroperasi tiga tahun sedangkan projek berkenaan seluruhnya memakan masa 30 tahun.
Kini budak-budak PKR yang gabra itu sudah pusing minta didedahkan pula minit mesyuarat kabinet sewaktu meluluskan projek fidlot berkenaan.
Ada juga orang yang ketawa melihat gelagat mereka yang nak tenggelam punca ini kerana dalam bab bos besar mereka terpampang didakwa sedang belasah pelacur China, siapa pun tak berani langsung berbunyi minta siasatan terperinci dibuat.
Masing-masing kalau boleh nak cuba tutup dan buat tak faham ke atas isu yang semua orang ingin tahu jawapan pasti itu.
“Ini gelagat macam lembu suruhan yang main sondol saja…kita tengoklah nanti siapa yang bakal jadi 'lembu' dalam isu NFC ni,”- itu antara komentar sinis yang kedengaran tentang ini.-19/11/2011
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







