Pelik memang pelik...biasanya PAS jika ada sesuatu bukti sensasi yang boleh kacau UMNO ia tidak akan tunggu sesaat lagi untuk mendedahkannya.
Namun dalam isu JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ramai yang sudah menilai Setiausaha Agung parti PAS Datuk Mustapha Ali mungkin ‘ gempak’ saja apabila mendakwa konon ada bukti UMNO jadi dalang di belakangnya.
Ini kerana soalan lojiknya UMNO nak jadi dalang macam mana sedangkan ini adalah sesuatu isu serius yang melibatkan akidah orang Islam.
Kalau betul-betul ada...dedah saja.Kata orang berani kerana benar takut kerana salah.
Kini semua orang sedang menunggu apa episod seterusnya setelah Mustapha yang membuat tuduhan itu di Terengganu Selasa berkeras tidak mahu meminta maaf setelah diberi tempoh tiga hari berbuat demikian oleh Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Mustapha yang dihubungi Agendaily petang Rabu kata beliau tidak akan meminta maaf kepada UMNO.
“Kalau nak saman, samanlah. Jumpa di mahkamah nanti,” ujar beliau.
Sambil mempertahankan dakwaannya, Mustapha berkata, beliau akan menyerahkan bukti itu sekiranya berjumpa Pengarah JAIS.
Bagaimanapun ditanya mengenai keputusan JAIS yang tidak akan berjumpa pihak PAS bagi menjelaskan mengenai insiden 3 Ogos itu, Mustapha menegaskan, beliau tidak akan menyerahkan bukti itu jika tiada pertemuan kedua-dua pihak.
“Kalau dah tak jumpa JAIS, saya simpanlah bawa ke mahkamah nanti,” kata beliau.
Menurutnya, memang ada pembabitan UMNO dalam pemeriksaan JAIS itu.
Pada sidang akhbarnya di Terengganu Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas gereja tersebut dan mempolitikan isu itu ehingga kini JAIS belum mendedahkan hasil siasatan.
Isu DUMC menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas JAIS melakukan pemeriksaan tetapi pihak gereja mendakwa jabatan agama itu menyerbu dan menceroboh majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.
Sementara itu Mohd Zin yang ditemui wartawan di majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama Rakyat Selangor di Flet Sri Perantau, Kapar Kelang, petang Rabu mencabar Mustapha Ali supaya menunjukkan bukti kalau beliau terlalu yakin sangat bahawa UMNO sebagai dalang di sebalik pemeriksan JAIS ke atas Gereja DUMC.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Mustapha yang enggan memohon maaf dan tetap mendakwa bahawa ada elemen campurtangan UMNO dalam operasi JAIS di DUMC pada 3 Ogos lalu.
Selasa lalu beliau telah memberi tempoh tiga hari kepada Mustafa yang menuduh UMNO mendalangi pemeriksaan JAIS di DUMC pada 3 Ogos supaya minta maaf atau hadapi tindakan undang-undang.
Mohd Zin Mohamed menyifatkan tuduhan berkenaan sangat berat, berunsur fitnah dan berniat jahat.
"Saya sudah bagi tempoh tiga hari. Kita tunggulah esok. Tetapi kalau dia masih berdegil dan terlalu yakin sangat ada bukti, saya cabar dia tunjukkan.Kita kena ingat, Hassan Ali adalah Exco yang bertanggungjawab ke atas JAIS. Adakah dia dicucuk hidung oleh UMNO? Nampaknya Mustapha tak boleh kawal ahli-ahli majlis tertingginya sendiri.
"Janganlah berselindung di sebalik kata-kata politik. Dalam isu ini, kita hanya menuntut kebenaran," katanya.-17/8/2011- OLEH ROSLAN BIAN DAN NOR HASILAH ISMAIL
Tempoh tiga hari Mustapha Ali pohon maaf tuduh UMNO dalangi isu JAIS-gereja DUMC
UMNO Selangor beri tempoh tiga hari kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menuduh UMNO mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos supaya minta maaf atau hadapi tindakan undang-undang.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed menyifatkan tuduhan berkenaan sangat berat, berunsur fitnah dan berniat jahat.
"PAS harus segera berhenti menyalahkan pihak lain dalam setiap isu yang berlaku dalam pentadbiran di Selangor,” katanya sebagai respon terhadap tuduhan yang dibuat Mustapha dalam sidang akhbar di Terengganu Isnin.
Mohd Zin mendakwa PAS lebih berminat bermain politik daripada menumpu kepada usaha mencari kebenaran ke atas majlis di DUMC yang disyaki cuba memurtadkan orang Islam.
Katanya pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Beliau menegaskan JAIS harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik kerana isu membabitkan agama wajar diurus secara profesional dan berkesan.
Sementara itu Mustapha yang diminta memberi bukti tuduhanya yang serius itu semasa sidang akhbar di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Selasa enggan berbuat demikian.
Katanya beliau hanya akan menyerahkan bukti berkenaan kepada Pengarah JAIS jika dapat bertemu.-16/8/2011
Isu gereja DUMC: Siapa yang sebenarnya terbelit ?
Zaman sekarang mudah saja bagi pakatan pembangkang nak melepaskan tengkoknya yang terbelit dalam sesuatu isu yang bikin rosak imejnya – tuduh saja ada tangan UMNO main peranan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali sudah jadi macam orang tenggelam punca dalam berdepan dengan isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.
Semua orang kini sedang melihat gelagat pakatan pembangkang. Iisunya besar kerana pemeriksaan dibuat kerana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang Islam pada satu majlis di situ.
Yang jadi gabra dan tidak tentu hala dibuatnya kerana bimbangkan undi melayang ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang terlalu bimbangkan pihak gereja melenting dan PAS yang tidak berani ambil pendirian.
Sebaliknya JAIS sendiri tidak berganjak dari pendiriannya tentang kewajaran pemeriksaan itu.
Kalau sebelulm ini Timbalan Persuruhjaya PAS Khalid Samad tembak UMNO ...sekarang ini Mustapha sudah ikut rentaknya.
Memamg gempak kalau baca kenyataan yang dibuatnya dalam media di pejabat PAS Terengganu Isnin, meminta pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ UMNO dalam isu JAIS dan gereja.
Sandaran beliau kononya ada eleman dan peranan UMNO dalam operasi JAIS terhadap majlis di DUMC itu.
Katanya beliau sedia membuat pendedahan maklumat dalaman yang ‘ sangat dipercayai’ itu.
Soalnya sekarang PAS nak main politik apa? Pendirian tegas Exco Agama dari PAS sendiri Datuk Dr Hasan Ali tidak dipercayai.
Apa peranan UMNO yang bunyinya begitu mendebarkan seperti cuba digambarkan oleh Mustapha?
Atau mungkin ia cuma gimik penyelamat muka PAS akibat tertinggal bas dalam mengambil pendirian.
Ada yang bertanya adakah PAS ingat Hasan atau JAIS main-main dalam soal pemeriksaan itu.
Di celah mana UMNO boleh main peranan dalam isu melibatkan akidah orang Islam itu?
Ini isu agama yang sepatutnya melibatkan rasa prihatin semua pihak tak kira parti politik.
Apapun semua pihak menunggu ‘ pendedahan’ Mustapa itu.Kalau boleh tolong segerakan.
Moga PAS tidak terbelit simpul mati.-16/8/2011
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







