27Julai2017

Isu gambar : Zairil diarah beri penjelasan kepada media - DAP P.Pinang

Selepas nasib Dyana Sofya Mohd Daud bakal ditentukan kelak oleh pucuk pimpinan tinggi DAP sama ada akan dicalonkan untuk bertanding atau tidak, kini nasib sama bakal menimpa Zairil Khir Johari.
 
Menurut DAP Pulau Pinang sehingga kini mereka masih belum mendengar sebarang penjelasan daripada Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu berhubung gambar-gambar yang diedarkan secara meluas mendakwa wujudnya hubungan intim beliau dengan seorang lagi ahli parti itu.
 
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi berkata beliau akan mengarahkan Zairil untuk “memberi penjelasan” tidak lama lagi dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.
 
Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan sekiranya gambar-gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula Zairil sebagai seorang wakil rakyat, Kon Yeow berkata perbincangan akan diadakan “jika perlu”.
 
Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pencalonan Dyana Sofya untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat.
 
Tambah Kor Ming sebelum ini Dyana memang aktif dalam semua program di Teluk Intan namun gambar tersebut dilhatnya bakal menjejaskan reputasi dan peluang untuk DAP meraih undi.
 
“Dyana aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program rakyat bersama ADUN (Pasir Bedamar) Terence Naidu. Beliau amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan,” katanya.
 
Dyana, yang juga pembantu Lim Kit Siang, tewas kepada Presiden Gerakan, Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada tahun 2014.
 
Zairil, yang telah berkahwin, sebelum ini menafikan beliau adalah individu yang ditunjukkan menari dengan seorang wanita menyerupai Dyana dalam set kedua gambar dan video yang diedarkan di internet Mac lalu.
 
Walau bagaimanapun Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu masih belum memberi maklum balas terhadap gambar-gambar terbaru tersebut.
 
Namun Dyana dalam kenyataannya semalam tidak mengesahkan atau menafikan bahawa beliau adalah wanita seperti dalam gambar tersebut.
 
Cuma apa yang dikatakannya ia hanyalah serangan peribadi terhadap dirinya.
 
“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan, saya anggap pilihan raya umum dah nak dekat.
 
“Tak kira siapa dalam gambar dan video-video yang didakwa adalah saya, ini pencerobohan privasi dalam hidup orang itu. Saya sedih budaya politik kita telah sampai ke tahap ini,” katanya dalam satu kenyataan.- 19/4/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 685  tetamu dalam talian