Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Surat Dr Mahathir kepada PM Israel akan didedah minggu ini

Surat Dr Mahathir kepada PM Israel akan didedah minggu ini

  • PDF

najib70xx-okIsi surat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak akan didedahkan kepada umum minggu ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata Ahad ini supaya rakyat faham tujuan Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat.

Menurut beliau isu surat itu telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyatakan sokongan terhadap Israel.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas satu majlis di  SJKC Yoke Kuan di Sekinchan sempena lawatan seharinya ke Selangor.

Perdana Menteri  berkata beliau telah mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," katanya.

Najib memberitahu surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Sementara itu Dr Mahathir yang diotemui wartawan selepas menyampaikan ceramah "Patriotisme dan Politik" di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diKota Samarahan berkata  beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya  hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir "A Doctor In The House" namun atas sebab tertentu kerajaan melarang beliau daripada berbuat demikian.

"Saya memang mahu dedahkan isi kandungan surat kepada Israel itu dalam buku terbaru saya, tapi atas sebab tertentu kerajaan menghalang hasrat itu," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk mendedahkan kandungan surat itu minggu hadapan dan berharap ia dapat memperbetulkan sangkaan buruk yang dilontar pihak tertentu terhadapnya ketika ini.

Beliau berkata pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini berhubung dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkannya dengan Israel.-26/2/2012


Kerajaan sedia dedah surat Dr. Mahathir kepada pemimpin Israel - Najib

Surat yang diutuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada dua pemimpin Israel akan didedahkan kepada umum jika tiada kemudaratan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah meminta Wisma Putra untuk menyemak semula surat tersebut dan memberi ulasan sama ada ia boleh didedahkan.

"Saya fikir kalau tidak ada apa-apa kemudaratan kepada negara, tidak ada sebab kita tidak boleh siarkan surat itu secara terbuka lebih-lebih lagi kerana pihak pembangkang cuba menimbulkan kekeliruan dan mempertikaikan surat tersebut,"
katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di sekitar bandar Melaka  Jumaat.

Beliau berkata pihak pembangkang sudah tersepit dengan kenyataan seorang pemimpin mereka yang menyokong usaha menjamin keselamatan Israel.

"Ini adalah satu sokongan yang 'unqualified' sebenarnya yang mana kenyataan itu sudah menimbulkan kemarahan yang begitu ketara dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Jadi sekarang ini mereka cuba nak mencari alasan kononnya kita ada hubungan dan ada membuat sesuatu dengan kerajaan Israel dan sebagainya," kata Najib.

Bernama melaporkan beliau berkata usaha perlu dibuat untuk menghilangkan salah tanggapan yang cuba dibangkitkan pembangkang.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui pernah berutus surat dengan dua Perdana Menteri Israel ketika beliau menerajui kerajaan bagi menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak mengiktiraf rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin.

Dr Mahathir berkata beliau masih menyimpan surat berkenaan dan mendakwa tidak tahu kenapa kerajaan tidak membenarkan kandungannya disiarkan.

Mengulas laporan berhubung keengganan beberapa Exco kanan kerajaan PAS Kedah untuk dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Najib menyifatkan ia masalah dalaman parti itu.

"Pada masa sekarang ini kita tengok apa yang berlaku sebab nampaknya pergolakan itu semakin hangat dan semakin serius, bagaimanapun kita tunggu dululah apa yang berlaku pada 28 Feb nanti," katanya yang merujuk kepada tarikh pelantikan semula anggota Exco Kedah yang dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit. - 24/2/2012


Israel pernah pujuk Dr Mahathir adakan hubungan diplomatik

drmahathirbuku2400

Dengan Israel tidak ada kompromi apatah lagi mengadakan hubungan diplomatik. Demikian hujah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengenai permohonan Israel untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Dr.Mahathir (masa jadi PM) menerima surat daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak meminta Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

“Saya ada terima surat tersebut. Saya telah jawab dan menolak permintaan tersebut dengan alasan Malaysia tidak akan mengubah
prinsipnya untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selagi Israel tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

“Malangnya surat itu tidak pernah disiarkan dimana-mana media. Saya sendiri tidak faham kenapa kerajaan tidak membenarkan surat tersebut disiarkan hingga ke hari ini. Saya harap kerajaan Malaysia akan benarkan saya siarkan surat itu,’’ katanya.

Beliau menambah Malaysia tidak mempunyai sebab “kenapa kita harus menyokong Israel.”

Isu Israel menarik perhatian rakyat apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu temubual dengan sebuah akhbar di
Amerika Syarikat bersetuju dengan “usaha melindungi keselamatan Israel.”

Sekelip mata ia mengundang padah dari rakyat sehingga Dewan Ulama PAS yang dilihat “memberanikan diri” mengadakan mesyuarat
tergempar meminta penjelasan terbuka Anwar

PAS juga meminta Anwar menyaman akhbar tersebut jika kenyataannya itu tidak benar.

Bagaimanapun pertemuan Nik Aziz Nik Mat,Murshidul Am PAS dengan Anwar baru-baru ini ibarat macam pertemuan dua sahabat untuk
minum kopi.

PAS tetap tidak mengiktiraf Israel tetapi pada masa sama “kekal dengan Anwar” walaupun Anwar juga secara terbuka tidak akan
saman akhbar terbitan di AS itu.

Maka tidak hairanlah sidang media Dr.Mahathir selepas melancarkan Jelajah Keamanan Perak DR—Waqaf Water4 Gaza di Dewan Bankuet, Bangunan SUK di Ipoh hari in “hot” dengan isu ini.

Program ini dianjur Perdana Global Peace Foundation bersama- sama kerajaan negeri dan ia turut dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Mengenai konon beliau ada menghantar surat ke Tel Aviv dulu, Dr. Mahathir menjelaskan ““Malaysia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan diplomatik sama sekali dengan Israel. Kita tidak mempunyai apa-apa sebab kenapa harus menyokong Israel.”

Mengenai kenyataan Anwar Ibrahim tempoh hari, Dr.Mahathir berkata kenyataan bekas timbalannya itu bukan satu kejutan baginya. Bagaimanapun pada masa sama beliau berasa amat kecewa dengan kenyataan Anwar itu.

“Dia mempertahankan hak Israel kerana baginya segala tindakan Israel itu adalah untuk pertahankan keselamatan negaranya.

“Tapi tindakan yang diambil Israel nyata amat ganas, malah pegangan mereka adalah untuk menjadi lebih ganas daripada pengganas.

“Itu merupakan pendekatan Israel sebab itu mereka sanggup memusnahkan kampung dan bandar-bandar di Palestin, termasuk
membunuh orang awam dan kanak-kanak,’’ katanya.

Katanya perbuatan rejim Israel itu merupakan satu kezaliman dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

“Tetapi inilah yang dipanggil oleh Israel sebagai cara menyelamatkan negara Israel – jadi nampaknya Anwar menyokong itu,’’ ujarnya lagi sambil menambah kenyataan Anwar bertentangan dengan usaha pelbagai pihak yang menyokong negara Palestin.

“Kita nak pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang, dia (Anwar) pula menyokong orang yang menyerang yang
nyata amat zalim,’’ katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat “ walaupun Nik Aziz tidak menyokong pendapat tersebut, namun dia
tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang. Jadi jika kita sokong satu orang yang mempunyai pendapat tertentu bermakna kita sokong pendapat itu juga lah.”-23/2/2012


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.