21November2017

Ini mesej Hadi kepada Pakatan Harapan...

 
Kata orang kalau tidak ada angin...masakan pokok bergoyang.Jadi tentu ada sesuatu yang mendorong Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang mengeluarkan satu kenyataan politik yang agak panjang pada Ahad semalam.
 
Jelas ia ditujukan pada Pakatan Harapan.
 
Berdasarkan timing kenyataan itu ada pemerhati politik yang menilai ia ada kaitan dengan kontroversi usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hendak mengurat jalin kerjasama PKR-PAS untuk pilihanraya umum ke 14.
 
Sebagai anggota komponen Pakatan Harapan rasanya elok sangat Menteri Besar Selangor itu teliti,kaji dan hadam mesej yang ingin disampaikan Hadi menerusi kenyataan itu.
 
Ini pun kalau-kalau beliau masih menaruh impian untuk tunai amanat bosnya yang dalam penjara,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beri restu pada usaha itu.
 
Bukan satu rahsia lagi Azmin terus dihantui dengan kebimbangan tanpa kerjasama PAS untuk elak pertandingan tiga penjuru ia boleh bikin goyang survival politiknya sendiri di Selangor.
 
Kalau mengikut arahan Anwar kerjasama itu bukan sahaja terhad untuk Selangor tetapi ia juga harus dijalin untuk peringkat nasional.
 
Andaian boleh dibuat Azmin dan gengnya dalam PKR yang cukup berhajat pada kerjasama PAS tentu demam tak kebah dengan perkembangan terbaru ini.
 
Hadi tanpa berselindung tutup rapat pintu PAS kepada Pakatan Harapan.
 
Cara beliau libas Pakatan Harapan juga agak sembilu bunyinya.
 
Katanya," PAS tidak mengharapkan Pakatan Harapan kerana mengenali semua mereka yang terlibat dengan penubuhannya yang tidak boleh dipercayai harapannya, kerana hanya bergantung harapan dalam kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah."
 
Presiden PAS itu berharap kalangan bukan Islam juga menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsep sekularisma seperti DAP dan kumpulan Pakatan Harapan.
 
Ini kerana dakwanya Pakatan Harapan memisahkan urusan kehidupan daripada agamanya sendiri dan boleh menukar agamanya dengan apa sahaja dan menjadi alat kepada siapa sahaja, demi kepentingan politik sementara.
 
Juga dakwa Hadi mereka sudah menunjukkan sifat negatifnya dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk.
 
"(Ini) lebih-lebih lagi menunjukkan keberaniannya mahu merungkai perkara asas dalam Kontrak Sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.,"katanya.
 
Beliau mengingatkan ahli PAS supaya tidak terikut dengan kumpulan yang tidak senang dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) parti itu.
 
Katanya PAS berpegang kepada konsep taawun yang ditunjukkan al-Quran dan sunnah dan ia membezakan parti itu pembangkang lain.
 
“(Mereka) semata-mata membangkang dan berebut kerusi untuk memerintah tanpa mengira benar atau salah, dan jauh sekali halal dan haramnya,” kata Hadi.
 
Presiden PAS itu menegaskan partinya tidak bergantung kepada jumlah kerusi yang dikuasai dan ia berbeza dengan parti lain yang boleh mati kalau tidak ada kerusi.
 
“PAS tetap beristiqamah bersama Islam, PAS bukan parti mengampu dan menumpang,” katanya.
 
Hadi juga menegaskan PAS tidak perlu terikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang PAS ditipu oleh UMNO, atau UMNO ditipu oleh PAS.
 
"(Ini)  kerana Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira PAS atau UMNO dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya dari Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja,"katanya.-10/9/2017
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 486  tetamu dalam talian