27Mac2017

Ini komen Nazri RTM tak buat siaran langsung debat dengan Dr Mahathir…

Untuk menghangatkan suasana menjelang debat antara Tun  Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Nazri Aziz pada 25 Mac ini di Padang Rengas ,puak pembangkang sibuk jual cerita kononnya kerajaan takut nak siarkan debat itu secara langsung.
 
Ini selepas Menteri Komunukasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak Ahad kata RTM tidak akan buat siaran langsung kerana ia cuma debat antara dua individu.
 
Apa komen Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang akan berentap dengan bekas Perdana Menteri itu di dewan MRSM,Kuala Kangsar di Padang Rengas ?
 
Ditemui wartawan di lobi Parlimen Isnin,Nazri setuju dengan kenyataan Salleh siaran langsung tidak perlu.
 
Katanya ini kerana beliau dan Dr Mahathir cuma berstatus dua individu.
 
Ahli Parlimen Padang Rengas itu kata beliau bukan ketua kerajaan manakala Dr Mahathir bukan ketua pembangkang.
 
Katanya sebaliknya ia boleh dikata antara kerajaan dan pembangkang.
 
“Jadi ia Cuma dua individu’,”katanya.
 
Oleh itu menurutnya tidak adil mengunakan platform media kerajaan.
 
Beliau menilai debat berkenaan satu wacana serius.
 
Jadi katanya tidak timbul soal menang kalah.

Sementara itu sekalipun RTM tidak buat siaran langsung pelbagai pengendali portal berita dan laman sosial pasti akan siar live debat berkenaan.-  20/3/2017
 
 
 
 
 
RTM tidak akan siar secara langsung debat Tun M-Nazri
 
 
RTM tidak menyiarkan secara langsung perdebatan diantara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata perbahasan yang bakal berlangsung pada 25 Mac ini di Perak cuma merupakan perdebatan dua individu dan bukannya atas kapasiti tertentu.
 
“Kita tidak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan tersebut kerana pada pendapat kita apa yang berlaku ialah dimana Tun Dr. Mahathir yang mencabar Datuk Seri Nazri untuk berbahas di kawasan beliau sendiri dan beliau (Nazri)  telah menyahut cabaran tersebut.
 
“Pada saya itu satu perbahasan antara dua individu dan bukan satu perbahasan yang dicetuskan oleh pihak RTM.
 
“Kita tidak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan itu secara langsung,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Tot pemimpin berinformatif ke arah PRU 14 di Hotel Grand Pacific, Ahad.
 
Sabtu ,semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kebenaran perdebatan antara Tun Mahathir dan Nazri yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit penganjuran.
 
Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
 
Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, sudah mengesahkan penyertaan dalam perdebatan itu dan menjamin ia akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.- 19/3/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 837  tetamu dalam talian