Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Hudud:Mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang gagal capai kata sepakat

Hudud:Mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang gagal capai kata sepakat

  • PDF

pr513Ada kalangan lebih 30 wartawan dan jurugambar yang rasa macam nak give up tunggu lama sangat mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ,Kuala Lumpur Rabu malam.

Kalau siang lain cerita.Ia bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir lepas tengah malam.

Kerana mengenangkan ini mesyuarat penting dicelah kehangatan PAS dan DAP bertegang urat pasal isu hudud maka semua menahan sabar menunggu sidang akhbar selepasnya.

Harap-harap dapat penjelasan penuh dan dapat tembak segala macam soalan.Namun lain ceritanya.Sidang akhbar yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim cuma sekitar 10 minit.Sudah tu nak tanya lebih-lebih beliau potong kata dah malam sangat semua letih.

Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Pengerusi DAP Karpal Singh.Sebelum ini beliau jarang hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kata Kelantan tetap nak laksanakan hudud tidak hadir pada mesyuarat ini.Beliau diwakili oleh Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan.

Isu hudud kembali hangat bila Karpal berentap dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana marah beliau membangkitkannya semula.

Malah beliau melepaskan kata-kata yang menyengat label Nik Aziz sebagai orang tua yang merengek cari perhatian.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghangatkan lagi bila menegaskan seluruh pimpinan pusat DAP akan letak jawatan dalam parti jika hudud dijadikan sebahagian dari agenda PR.

Nyata apa yang muncul dari mesyuarat lebih tiga jam itu tidak menepati kata-kata Anwar sendiri sebelum ini bahawa mesyuarat berkenaan perlu mencapai satu konsensus pasal hudud.

Ikut ceritanya mesyuarat berlangsung hangat.Namun semua pimpinan PR yang hadir gam mulut tidak mahu cakap mengenainya.

Anwar memulakan sidang akhbar dengan membaca kenyataan enam perenggan yang nampak terlalu umum mengenai hal itu,seperti berikut:

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Segajat (Universal Justice) Pentadbiran Yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.


Kesimpulannya ialah PKR-PAS–DAP terus bersetuju untuk berbeza dalam soal ideloji tentang isu berkenaan.

Ibarat orang yang sudah tidak ada alasan lagi,katanya pakatan itu menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

Anwar yang biasanya suka melayan soalan untuk betulkan persepsi tentang PR nampak tidak berminat kali ini.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut beliau memberi jawaban yang berbelit merujuk balik kepada kenyataan enam perenggan itu hingga membingungkan kalangan wartawan.

Seperti biasa untuk bersilat beliau cuba mempersalahkan UMNO cuba pecahbelahkan PR.

Katanya PR tidak akan terheret dengan mainan politik UMNO-BN.

Seorang wartawan kedengaran berbisik kepada rakannya waktu itu, yang bangkitkan isu hudud ialah PAS dan yang menentang ialah DAP.

“Apa kena mengena UMNO?” katanya.

Ahli Parlimen BN kawasan Kota Belud ,Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam twitternya mengulas hasil mesyuarat PR itu berkata, "Finally, after a stressful day they made me laugh. Thanks anwar and pakatan. They r the best comedians" - 28/9/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL



Transkrip sidang media PR di ibupejabat PAS selepas Anwar membacakan kenyataan bersama Majlis Pimpinan Rakyat: (antara yang hadir ialah Hadi Awang, Karpal Singh, Kit Siang, Mahfudz, Sallehuddin, Saifuddin, Tian Chua, Nurul Izzah, Datin Seri Wan Azizah, Fauziah Salleh, Takiyuddin, Mustapha Ali dan ramai lagi.


-------------------------------------------
 
Wartawan agensi luar: What is the point of reconciliation between DAP’s stand and PAS on the formation of the Islamic State? What exactly is the compromise that you have  reached? Mr Karpal said very strongly that DAP will leave the coalition and from what I understand, you have not given a complete answer on what exactly is the compromise that PR have reached?
 
DSAI: There is no reference here at all on the issue of the formation of an Islamic State. The only reference is two old enactments in 1993 in Kelantan and 2003 in Terengganu and we alro reiterate the point that it must be subjected to spirit of consensus and spirit of the Federal Constitution. There is no compromise on that.
 
Wartawan agensi luar: So, from tomorrow will PAS say, “yes we will not implement Hudud because it is not the aspiration of the coalition as a whole.”?
 
DSAI: If you read the text, let me clarify here, that both the enactments are already there, but there is a reference that need to refer it to the Pakatan Rakyat because it involves Federal Constitution’s amendment. So it is not an issue. The state government representative is here, Datuk Taqiyuddin who had explained Kelantan’s position and the requirement to be enforced only after the amendment to the Federal Constitution. So the matter is not relevant. Your question is not relevant.
 
Wartawan agensi luar: The amendment of the constitution which need two third of the parliamentarians agreeing to it. So you are saying that it is still there but subject to consensus?
 
DSAI: Which requires Pakatan Rakyat’s consensus but they are not supportive of that particular proposal. Alright? Thank you very much.
 
Wartawan tempatan: Does it mean that Pakatan cannot accept these because DAP does not want to go ahead?
 
DSAI: Pakatan respects the PAS’s initiative and aspiration but we have to reach a consensus to amend the Federal Constitution. It is quite clear that the DAP is oppose to that and Keadilan dan PAS respect that decision.
 
Wartawan tempatan: So what will prevent PAS from bringing this up again in the future?
 
DSAI: Why must me deny PAS to articulate their proposition or to discuss? This is a democratic process. This is not an UMNO-controlled Pakatan Rakyat. We respect the right of people to present their case and to ask question. It doesn’t matter. But then, the spirit of consensus is there. I mean, to deny PAS to articulate their position is certainly not fair. Kita tidak boleh menafikan hak mana-mana PAS, DAP atau Keadilan untuk mengemukakan apa juga pandangan. Dalam kes undang-undang syariah, kita tidak boleh menghalang PAS daripada mengemukakan pandangan dalam mesyuarat atau di luar mesyuarat. Sebab itu pendirian kita jelas, menghormati hak dan aspirasi PAS. Cuma dia terikat dengan apa yang kita dasar bersama, semangat perlembagaan dan buku jingga,
 
Wartawan tempatan: Why did you issue the gag order (tutup mulut).
 
DSAI: It is not a serious gag order. You know, everybody express their views. The issue is, so that the statements made is consistent with the position of the party and in the spirit of the Pakatan Rakyat. That’s all.
 
Wartawan tempatan: So, you are saying, these are just views and there is nothing concrete?
 
DSAI: It’s concrete. The enactment is there, in 1993 and 2003. Ini adalah clear proposal by PAS in Kelantan and Terengganu at that particular time. We have to study the legislation. We are taking it very seriously. Even DAP in their decision to reject or oppose, they did study and respect PAS’s decision on it. You don’t just dismiss without even reading or study as UMNO leaders have done. Consensus is clear. Pasal constitution ia konsensus bersama dan dasar bersama Buku Jingga. Okay?
 
Wartawan tempatan: Does that mean Pakatan Rakyat support hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu?
 
DSAI: No, we made it very clear. We support their aspirations. We respect their right to articulate and take the initiative but our decision is clear. Certainly now it is not in the policy of the Pakatan Rakyat and DAP’s objection has to be respected and considered. Therefore the decision is quite clear. There is nothing stopping us from discussing.  I have difficulty in appreciating some of the concerns raised, why this cannot be discussed? Why the strong prejudice without understanding the aspect of legislation. So let them discuss. Hadi Awang dan Datuk Taqiyuddin, representing Kelantan did explain and some of us, including myself, the aspects of the Islamic Law that needs to be understood. Not as a part of the incessant negative Islamophobic propaganda by the UMNO media which is clear blatant insult to the aspects of the Islamic Law. We don’t share that view.
 
Wartawan tempatan: Tok guru Nik Aziz yang mula timbulkan soal ini. Adakah Tok Guru Nik Aziz diperjelaskan mengenai keputusan bersama ini?
 
DSAI: Tok guru Nik Abdul Aziz kita hormati pendiriannya. Kita dengar. Saya sendiri ada hubungi dia. Haji Hadi Awang pun hubungi dia. Kemudian dia hantar Datuk Takiyuddin mewakili kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu menjelaskan. Terima kasih, selamat malam dan tidur lena.-28/9/2011

 




Hudud : Apa pula skrip pembangkang lepas malam ini...

Walaupun majlis pimpinan pembangkang akan bermesyuarat Rabu malam menentukan Konsensus isu hudud yang menyebabkan pertembungan PAS-DAP,  sudah ramai dapat agak kesudahan episod terbaru hubungan parti pembangkang itu termasuk PKR.

Sebelum ini, jika ada perbalahan sama ada babitkan tiga parti itu, penyelesaian mudah.

Biasanya, mereka kata perselisihan pendapat dan itu biasa dalam mana-mana parti politik.

Namun, paling kerap pembangkang akhirnya menunding jari kepada UMNO dan media yang kononnya berpihak kepada kerajaan.

Pembangkang cukup pandai cover up atau main silap mata tutup pekung masing-masing.

Cuma kali ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul  Aziz Nik Mat nampak macam betul-betul serius mahu hudud dilaksanakan malah sanggup ‘byr-bye’ kepada pembangkang jika terus menentang hasratnya itu.

Paling pening nanti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meredakan panas DAP dan panas PAS dalam isu hudud.

Ada juga yang bertanya apakah pemimpin yang berdepan isu moral ini boleh menangani perbalahan PAS dan DAP dalam isu tersebut.

Bagaimanaupun, Anwar yang hebat dengan pujuk rayu dan kata-kata pasti dapat menurunkan suhu Nik Aziz dan pemimpin DAP yang sudah hilang sabar bila Meenteri Besar Kelantan itu main balik isu hudud.

Bagi pemimpin UMNO, mereka sudah masak sandiwara pemimpin-pemimpin pembangkang bila mereka berlaga pendapat dan melihat kesudahannya macam lakonan sahaja.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan mencabar DAP atau PAS keluar dari kumpulan permbangkang kerana jika tiada yang keluar, jelaslah mereka hanya bersandiwara.

“ Hudud ini hanya hudud PAS  sebab ( isu ini) muncul setiap kali pilihan raya. Ini hudud politik. PAS sudah diberikan peluang oleg rakyat lima kali (pilihan raya). Tahun 1990 janji nak buat tapi tak buat sama juga pada 1995, 1999, 2004 dan 2008 janji nak buat tapi tak buat,’ katanya.

Menurutnya, rakyat Kelantan sudah ditipu Nik Aziz dan PAS dengan isu hudud.

“Nabi pernah berkata, jangan dipatuk di lubang yang sama dua kali. Ini lima kali rakyat Kelantan ditipu permainan politik dan mencemarkan hudud,” katanya kepada Agendadaily.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula meminta rakyat melihat skrip-skrip yang sedang dimainkan pembangkang.

  “Ini semua drama yang dimainkan mereka, ini skrip-skrip drama. Lepas ini mereka akan duduk baik-baik. Ini skrip satu, skrip dua..drama tiga dan seterusnya,” ujar beliau.

7Menurutnya, ini memperlihatkan bagaimana berkuasanya DAP menentukan halu tuju PAS apa yang perlu mereka buat dan tidak.- 26/9/2011- OLEH ROSLAN BIAN


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.