Himpunan Hijau anjuran pakatan pembangkang di Kuantan pagi Ahad untuk membantah kilang Lynas nyata 'gempak lebih'.
Secara keseluruhan dari pemerhatian kehadiran di himpunan itu yang bermula 10 pagi hingga 11.45 pagi itu jauh kurang dari sasaran 20,000 orang yang digembar gembur oleh penganjur sebelum ini.
Ia juga dilihat lebih macam satu pesta 'syok sendiri'.
Malah gambar dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diambil dari udara di kawasan padang MPK4 jelas dapat menunjukan keadaan sebenar.
Anggaran polis sekitar 3,000 orang sahaja yang hadir.
Juga didapati sebahagian dari peserta adalah orang luar Kuantan,terdiri dari penyokong pembangkang yang dibawa atau datang sendiri.
Tiada langsung sekatan jalan polis dibuat sepanjang perhimpunan itu.
Polis cuma mengadakan kawalan biasa untuk memastikan kelancaran lalulintas dan sebagainya..
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Cuma pihak polis kesal ada peserta yang langgar syarat seperti membuat perarakan dan menbawa kanak-kanak ke perhimpunan itu
Hadir sama di perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan, sebelum semuanya bersurai.
Beliau antara lain berjanji akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada bulan depan untuk mendesak projek kilang Lynas di Gebeng dibatalkan.
Gelagat pembangkang yang cuba meraih markah politik membantah projek RM700 juta yang bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada orang sekitar Kuantan itu telah mencetuskan rasa marah ramai pihak.
Berbagai pihak berkuasa telah mengesahkan projek itu selamat namun pembangkang terus berdegil gembar gembur ia akan membahayakan penduduk sekitar Kuantan.
Malah Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear secara terbuka kata projek itu selamat.
Bantahan projek itu dipelopori oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai himpunan itu selepas satu majlis di Sekinchan,Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menyemak semula projek itu dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.
Perdana Menteri berkata kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.
"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi 'scientific evidence' projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat," katanya.
Katanya kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.
"Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.
"Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.
"Kita nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.
Menterii Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula menilai Himpunan Hijau sebagai satu ' demo-tourism' yang jana ekonomi bagi pengusaha dan peniaga.
Dalam kenyataannya mengulas himpunan berkenaan beliau juga kata gerakan anti-Lynas yang berselindung disebalik Himpuan Hijau sudah tidak laku.
"Rakyat tidak percaya kepada pembangkang yang menabur cakap kosong pada setiap masa dan setiap tempat,"katanya.
Apapun baginya himpunan itu membuktikan demokrasi sihat dan sesiapapun boleh berhimpun dan bersuara asalkan tidak langgar undang-undang.
Beliau memuji pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan yang bertindak adil dan profesional memastikan perhimpunan berjalan lancar.-26/2/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







