Cubaan pihak tertentu untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini merupakan rancangan jahat untuk merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata rancangan itu jelas menunjukkan pihak terbabit tidak mempunyai cara lain untuk mempengaruhi rakyat, sehingga sanggup menghidupkan fahaman yang menyalahi undang-undang negara.
"Fahaman dan amalan komunisme di Malaysia adalah haram di sisi undang-undang dan tidak diiktiraf di Malaysia dan ini telahpun distemkan dalam perjuangan negara, dalam semangat perlembagaan dan juga dalam segala amalan demokrasi.
"Ia bukan sahaja diharamkan di sini malah di Singapura, Brunei dan negara-negara lain. Perkara ini (sepatutnya) tidak timbul lagi," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Rais berkata perkara terbabit tidak seharusnya dipermainkan atau dijadikan bahan politik dan tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka yang terlibat.
"Rakyat yang mempunyai pemikiran waras, berkeluarga, berpendidikan, berniaga dan mempunyai kepentingan lain, harus bangkit menentang program jahat yang tidak sah di sisi undang-undang negara ini," katanya.
Semalam, polis menahan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di plaza Tol Sungai Dua di Kuala Batas dan merampas pelbagai barangan seperti risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah yang mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).
Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.
Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.
“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.
“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,” katanya.
Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:
“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.
Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.
Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.
“Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan polis manakala seorang daripadanya yang berusia 16 tahun dibebaskan kerana masih di bawah umur,” tambahnya.-27/6/2011
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







