17November2018

Hadi ‘tembak’ Pakatan Harapan…lebih teruk dari UMNO jika perintah 60 tahun

Ini fakta bukan auta.Orang Pakatan Harapan tidak perlu menyinga mendengar Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang libas sakan gelagat gabungan parti pemerintah yang baru berkuasa pada pilihanraya umum ke 14 Mei lalu.
 
Satu Malaysia lihat,dengar dan amat terkejut termasuk pihak SPRM sendiri bila kes rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon digugurkan begitu sahaja.
 
Kata Haji Hadi ini berlaku dalam tempoh baru empat bulan kerajaan PH mentabir negara.
 
Beliau menduga kerajaan PH akan lebih teruk lagi berbanding UMNO jika ia dibenarkan perintah negara ini untuk tempoh 60 tahun.
 
‘Ini yang kita hadapi hari ini,”katanya ketika berucap di konvensyen penyokong PAS sempena Muktamar PAS di Kuala Terengganu Jumaat.

“ Pakatan Harapan baru berkuasa cuma beberapa bulan tetapi kes mahkamah itu digugurkan begitu sahaja.
 
“Baru empat bulan mereka sudah ada masalah apa lagi jika mereka dapat 60 tahun.Mereka akan lebih teruk dari UMNO,”katanya.
 
Haji Hadi menegaskan sebaliknya sepanjang 60 tahun dibawah UMNO terdapat Menteri Besar dan Menteri yang didakwa kes rasuah dan dipenjarakan.- 14/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 444  tetamu dalam talian